CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 713|Reply: 0

[Kelantan] Perut Ismail membusung, hati pula makin mengecut

[Copy link]
Post time 27-11-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode

Sulaiman (kiri) menjaga Ismail yang terlantar akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan angin ahmar di rumahnya di Kampung Telaga Gajah, Banggol, Kota Bharu minggu lalu.

KOTA BHARU – Seorang pembantu kedai dari Kampung Te­laga Gajah di sini, terpaksa melupakan seketika urusan mencari rezeki apabila dia kini terlantar sakit akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Penderitaan yang ditanggung Ismail Omar, 50, sejak Julai lalu itu menyebabkan hatinya makin mengecut selain perutnya membusung akibat dipenuhi cecair.

Menurut Ismail, dia kini terpaksa bergantung harap kepada ihsan abang kandungnya yang bekerja sebagai pembersih tanah perkuburan, Sulaiman Omar, 63, untuk meneruskan kehidupan.

Dia yang masih bujang berkata, penyakit yang dialaminya bermula selepas dia diserang angin ahmar sebanyak tiga kali pada Mei lalu akibat masalah saraf.

“Saya hanya mampu terlantar di rumah apabila mengalami masalah saraf daripada bahagian pinggang ke bawah.

“Selepas membuat pemeriksaan lanjut di hospital, baru saya tahu rupanya saya ada jangkitan kuman pada paru-paru dan masalah hati,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya baru-baru ini.

Ismail memberitahu, semua keperluan makan, minum dan kesihatannya ketika ini dijaga oleh abangnya sejak dia berhenti kerja.

Sementara itu, Sulaiman berkata, tanggungjawab menjaga adiknya itu akan dipikul selagi mempunyai kudrat dan tenaga meskipun dia sudah menginjak ke usia warga emas.

“Ismail yang merupakan anak kelapan daripada sembilan beradik sebelum ini bekerja sebagai pembantu kedai di pasar borong Wakaf Che Yeh di sini dan tinggal bersama adik lelaki bongsu kami berusia 48 tahun di Kampung Kubur Kuda.

“Selepas Ismail sakit, saya mengambil keputusan untuk menjaga dan mengajaknya tinggal bersama. Adik bongsu kami bekerja sebagai pengawal ke­selamatan dan tiada masa untuk fokus menjaga Ismail,” katanya.

Menurutnya, Ismail kini perlu memakai lampin dan minum susu khas yang menelan belanja lebih RM500 sebulan.

“Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) ada menziarahi kami dan menyerahkan sejumlah sumbangan bagi meringankan per­belanjaan untuk menjaga adik­nya baru-baru ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Sulaiman di talian 017-936 8174 atau menyalurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional di nombor 0310029000912907.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ula-makin-mengecut/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.132103 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list