CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 900|Reply: 0

[Kelantan] Calon PRU15 didakwa tipu

[Copy link]
Post time 27-11-2023 02:49 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jeli. FOTO Bernama

Jeli: Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pembalakan tidak wujud sehingga mangsa kerugian RM171,500, dua tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Datuk Azman Idris, 55, yang juga calon Parti Warisan (Warisan) bagi Parlimen Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu Chin Yet Lun, 37, dengan memperdayanya dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank milik tertuduh.

Perbuatan itu dilakukan di Mukim Belimbing, Batu Melintang di sini antara 27 September 2021 hingga 10 Disember 2021.


Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Kamilah Che Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan sebelum Khamis ini dan menetapkan 31 Disember depan sebagai sebutan semula kes.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pru15-didakwa-tipu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:51 PM GMT+8 , Processed in 0.299780 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list