CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 959|Reply: 0

[Kelantan] Sukma: Kelantan akan bincang garis panduan pakaian patuh syariah dengan MSN, KBS

[Copy link]
Post time 27-11-2023 02:52 PM | Show all posts |Read mode

Majlis Sukan Negara. FOTO arkib NSTP

Kota Bharu: Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung garis panduan pakaian sukan patuh syariah bagi Sukan Malaysia (Sukma) 2028 yang bakal dianjurkan negeri itu.

"Terdapat acara-acara sensitif yang perlu dibincangkan membabitkan pemakaian secara patuh syariah seperti akuatik dan gimrama, oleh itu kerajaan negeri akan membincangkan perkara ini dengan kementerian," kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Zamakhshari Muhamad.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Rodzi Ja'afar (PAS- Gaal) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Mohd Rodzi mahu tahu adakah kerajaan boleh memastikan atlet-atlet daripada negeri lain yang menyertai Sukma juga patuh syariah.



Zamakhshari berkata, usaha itu turut dibantu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan memanfaatkan peruntukan RM276 juta daripada Kerajaan Pusat antaranya untuk membina enam fasiliti di Kompleks Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh dan sebuah pusat akuatik di Madinah Al-Salam, Tunjong.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -syariah-dengan-msn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.290609 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list