CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 962|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Saya maafkan pembunuh itu walaupun jasad ayah tidak ditemui hingga kini'

[Copy link]
Post time 27-11-2023 03:11 PM | Show all posts |Read mode

Ibrahim Hamzah, 34 , menunjukkan gambar Allahyarham bapanya Hamzah Abd Majid yang dikatakan ditikam dan dibuang ke sebuah sungai pada Oktober 2011 ketika ditemui di kediamannya di Taman Chembong Jaya. FOTO AZRUL EDHAM


Rembau: Setiap kali ternampak lelaki tidak terurus di tepi jalan, Ibrahim Hamzah, 34, pasti akan menoleh menatap wajahnya kerana terasa itu adalah bapanya yang masih hidup.

Bukan tidak reda dengan pemergian Allahyarham bapanya, Hamzah Abd Majid pada 12 tahun lalu namun orang tuanya itu disahkan meninggal dunia tanpa jasad dan pusara.

Mengimbau kembali kejadian itu, Ibrahim berkata, bapanya dikatakan ditikam dan dibuang ke sungai dekat Taman Angsamas di Seremban, pada Oktober 2011.

"Saya masih ingat pada 8 Oktober 2011, selepas Maghrib, ayah keluar rumah tanpa memaklumkan apa-apa. Selepas itu dia tidak pulang selama-lamanya.

"Kami buat laporan polis. Disebabkan selepas seminggu tiada sebarang perkembangan, kami ikhtiar mencarinya di sekitar Rembau," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Chembong Jaya, di sini.

Ibrahim berkata, keluarga turut mencari bapanya sehingga ke Alor Gajah, Melaka kerana pernah dimaklumkan mahu mengutip hutang daripada rakannya di daerah itu.

"Bagaimanapun, polis memaklumkan kereta ayah ditemui dalam keadaan terbakar di Bandar Enstek, Nilai, namun ayah tiada di lokasi.

"Berdasarkan siasatan, seramai 20 individu ditahan dan berdasarkan keterangan mereka, polis memaklumkan ayah ditikam dan dikelar dalam satu pergaduhan.

"Individu itu dikatakan mengikat batu pada badan ayah dan dibuang ke Sungai Mambau dekat Taman Angsamas. Namun operasi mencari mayatnya tidak menemui sebarang tanda," katanya.

Ibrahim berkata, sehingga ke hari ini setiap kali ternampak lelaki kurang siuman di mana-mana, matanya akan mengekori susuk tubuh itu kerana merasakan seolah itu adalah bapanya.

"Walaupun secara zahirnya ayah sudah tiada, tetapi hati saya seakan merasakan ayah masih hidup.

"Berbanding orang lain yang sekurang-kurangnya dapat melawat pusara orang tua, saya tidak berpeluang menatap wajah ayah buat kali terakhir.

"Bagaimanapun, saya sedikitpun tidak menyimpan dendam selain keluarga juga sudah memaafkan pembunuh yang kini sudah menerima hukuman," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 1.922529 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list