CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4546|Reply: 0

[Kelantan] 533 pasangan bawah umur berkahwin di Kelantan sejak 2019

[Copy link]
Post time 28-11-2023 12:54 PM | Show all posts |Read mode

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri Kelantan, gambar fail. FOTO NSTP

Kota Bharu: Seramai 533 pasangan bawah umur di Kelantan direkodkan berkahwin dalam tempoh empat tahun sejak 2019.

Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Mohd Asri Mat Daud berkata, usia perkahwinan bawah umur yang dibenarkan di negeri ini adalah usia 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi wanita.

Beliau berkata, setakat ini hanya 13 permohonan ditolak sepanjang tempoh berkenaan disebabkan beberapa faktor.

"Kerajaan Kelantan mengambil pendekatan bawah perkahwinan bawah umur adalah wajar sebagaimana peruntukan Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002. Ia selaras dengan peruntukan undang-undang dan hukum syarak mengambil kira kemaslahatan pasangan bawah umur yang akan berkahwin.



"Mesyuarat Hakim-Hakim Syarie membuat keputusan untuk menimbang suatu tatacara prosedur operasi standard (SOP) yang minima (bersifat lebih memudahkan) oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan khususnya di Kelantan.

"Ia mengambil kira lokaliti Kelantan yang bersempadanan dengan Thailand yang memudahkan nikah di Thailand dan mengelakkan berlakunya nikah tanpa kebenaran iaitu wali akad sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) ketika menjawab soalan dikemukakan Zameri Mat Nawang (PAS- Jelawat).

Mengulas lanjut katanya, sehingga hari ini, semua permohonan kebenaran berkahwin bawah umur hendaklah mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah terlebih dahulu.

"Walaupun Kelantan memberi kelonggaran, kita tetap mengambil kira beberapa faktor termasuk kemampuan, kerelaan pasangan dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab.

"Jika kita mendapati mana-mana pasangan tidak menepati piawaian yang ditetapkan termasuk mempunyai masalah psikologi atau tidak mampu membimbing isteri, permohonan mereka akan ditolak," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kelantan-sejak-2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.644201 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list