CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3970|Reply: 0

[Kelantan] 'Biarlah saya mati'

[Copy link]
Post time 29-11-2023 01:20 PM | Show all posts |Read mode

Azlina Ahmad Azmi, 43, menunjukkan foto anaknya, Mohamad Riskie Asraf Mohd Reduan, 9, yang ditemukan lemas dalam kawasan takungab air tidak jauh dari rumahnya di Kampung Derdap, Limbat, di sini. FOTO SITI ROHANA IDRIS

Kota Bharu: "Sejak sebulan kebelakangan ini, Boboy sering mengeluarkan ayat biarlah dia mati jika ditegur perangainya yang dilihat agak berubah," kata ibu mangsa lemas, Azlina Ahmad Azmi.

Azlina, 43, berkata, anaknya, Mohamad Riskie Asraf Mohd Reduan, 9, yang mesra dipanggil Boboy menjadi agak pendiam sejak kebelakangan ini sedangkan anak lelaki tunggalnya itu seorang yang bersifat ceria.

Menurutnya, rupa-rupanya itu adalah petanda anak keenam dari lapan beradik itu pergi meninggalkan mereka sekeluarga selepas kanak-kanak itu ditemukan lemas dalam kawasan takungan air yang hanya berjarak 100 meter dari rumahnya pada 6.53 petang semalam.

"Selain sering memberitahu pasal kematian, Boboy juga sempat meminta maaf dari neneknya yang juga ibu mentua saya yang tinggal di Gong Dermin ketika mengunjunginya kelmarin.



"Boboy memberitahu itu kali terakhir dia ke rumah neneknya dan kami menyangka dia bergurau kerana perangainya yang suka menyakat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Derdap, Limbat di sini, hari ini.

Ketika kejadian petang semalam, dia baru pulang dari tempat kerja dan dalam perjalanan memasuki pekarangan rumah, dia ternampak Mohamad Riskie Asraf bersama seorang rakannya di sekitar kawasan takungan itu.

Azlina berkata, biasanya sebaik melihat kelibat kereta yang dinaikinya memasuki pekarangan rumah, anaknya itu akan segera pulang tapi tidak lama kemudian, dia didatangi jiran yang memberitahu Boboy lemas.

"Saya dan ahli keluarga segera ke lokasi kejadian dan beberapa orang penduduk sekitar terjun ke tempat takungan air itu cuba mencari Boboy tapi gagal sebelum jasad anak saya dijumpai anggota bomba," katanya.

Mayat Mohamad Riskie Asraf ditemui pada kedalaman 1.8 meter oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada polis, manakala proses bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Derdap di sini, pada 10 pagi hari ini.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ahmad Afiq Aiman Ahmad Azmi, 9, yang juga saksi kejadian berkata, dia dalam perjalanan ke kedai mi tidak jauh dari lokasi kejadian dan ternampak anak saudaranya itu sedang bermain air bersama rakannya.

Dia berkata, tidak lama kemudian, Mohamad Riskie Asraf terjun ke dalam takungan air itu sebelum dilihat tenggelam timbul sambil tangannya tergapai-gapai.

"Saya terus berlari ke kedai mi dan memberitahu pekerjanya yang anak saudara saya sedang lemas sebelum semakin ramai penduduk kampung tiba untuk cuba menyelamatkannya tapi gagal," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 6/biarlah-saya-mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.403896 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list