View: 6036|Reply: 0
|
[Perak]
JKM sudah bantu keluarga OKU diami rumah usang di Changkat Jering
[Copy link]
|
|
Datuk Salbiah Mohamed
Bagan Serai: Kisah kehidupan tiga beranak orang kurang upaya (OKU) yang mendiami rumah usang di Changkat Jering, Taiping sudah diambil tindakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Datuk Salbiah Mohamed berkata, hasil tinjauan pihaknya mendapati pasangan suami isteri dan anak mereka sebenarnya sudah menerima bantuan am daripada JKM di mana mereka menerima bantuan bulanan RM300 dan bantuan pendidikan khas RM150 sebulan.
Menurutnya, pihak JKM sudah memainkan peranan mereka dalam membantu keluarga ini.
"Berhubung isu tular, pihak JKM sekali lagi turun ke lokasi bagi melihat apa bentuk keperluan yang diperlukan dan jika kita lihat isu yang dibangkitkan adalah penginapan.
"Sebenarnya kita ada mesyuarat tindakan daerah dan dari situ pihak berkenaan perlu melihat semula adakah keluarga ini berdaftar dengan E-Kasih atau tidak atau mereka ini bukanlah orang tempatan dan baru sahaja berpindah ke situ.
"Kadang-kala orang yang tularkan kisah mereka ini sebenarnya tidak mendapatkan maklumat sebenar daripada pentadbiran daerah dan terus memuat naik ke laman sosial," katanya ditemui media selepas merasmikan Program Jelajah Usahawan dan Koperasi Negeri Perak di Dewan Dato Zainal Abidin Zin di sini, pagi hari ini.
Menurutnya, kes seumpama itu pernah berlaku di kawasannya sendiri apabila dilaporkan satu keluarga menginap di kebun getah, namun apabila diperiksa keluarga berkenaan bukanlah penduduk tempatan dan baru sebulan tinggal di lokasi terbabit.
Terdahulu, tular di media sosial satu keluarga OKU dipercayai lembam terdiri dari pasangan suami isteri dan anak mereka menginap di sebuah rumah usang di Changkat Jering.
Dalam perkembangan lain, Salbiah menegaskan empat beradik yang ditinggalkan keluarga sudah mendapat perintah mahkamah mengikut Akta Perlindungan kanak-kanak dan ditempatkan di rumah perlindungan sehingga berusia 18 tahun.
Menurutnya, kanak-kanak berkenaan tidak akan diserahkan kepada keluarga mereka atau dan sekiranya ada yang berminat untuk mengambil mereka menjadi anak angkat mereka perlu melalui proses JKM.
Katanya, pihaknya tidak sewenang-wenangnya akan memberikan kanak-kanak itu kepada keluarga yang boleh merosakkan kehidupan mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-changkat-jering |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|