CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6076|Reply: 0

[Kelantan] 'Penoreh dibaham harimau tengah kumpul duit balik Acheh'

[Copy link]
Post time 30-11-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode

Sabariah menunjukkan gambar yang tular pekerja ladang dibaham harimau belang, di Kampung Kuala Tol, Gua Musang. - Foto NSTP/Paya Linda Yahya

GUA MUSANG: "Arwah kata dia tengah kumpul duit, nak balik kampung di Acheh, Indonesia," kata Sabariah Awang, 63, penduduk Kampung Kuala Tol, di sini, yang mengenali mangsa dibaham Harimau Belang, semalam.

Sabariah yang mengusahakan kedai runcit di kampung terbabit mengenali mangsa, Syabaini, 36, yang bekerja sebagai penoreh getah sejak tiga tahun lalu.

Menurut Sabariah, arwah ada singgah di kedainya sebelum ke ladang getah terbabit pada hari kejadian.

"Kejadian ini sangat mengejutkan kami penduduk di sini, tambahan pula jarak tempat kejadian dengan jalan utama Gua Musang-Jeli hanya 400 meter," katanya.



Sabariah berkata seminggu lalu, sebelum kejadian berlaku mangsa pernah menunjukkan gambar kesan tapak kaki harimau di kawasan dia menoreh getah.

"Penduduk kini ketakutan untuk keluar menoreh getah. Sedangkan itu adalah punca pendapatan kami hampir 200 keluarga di sini," katanya.

Semalam media melaporkan tidak sampai sebulan kes kematian ngeri dua individu diserang harimau belang, tragedi sama dipercayai berulang apabila seorang lagi lelaki diserang ketika menoreh getah.

Kejadian disedari jam 1 tengah hari semalam, apabila mangsa yang juga pekerja ladang getah dilaporkan hilang selepas keluar menoreh berhampiran Kampung Kuala Tol.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan PERHILITAN Kelantan mengesahkan spesies haiwan liar yang menyerang pekerja ladang getah warga Indonesia di Kampung Kuala Tol semalam, adalah jenis Harimau Belang.

Pengarahnya Mohamad Hafid Rohani berkata siasatan dijalankan oleh anggotanya setelah mayat mangsa dibawa keluar anggota polis dari lokasi kejadian.

"Pasukan Mencari Dan Menyelamat (SAR) telah diberikan taklimat di IPD Gua Musang seterusnya bergerak ke lokasi kejadian 3.30 petang dan tiba lebih kurang 5.00 petang.

"Hasil siasatan mendapati spesies yang menyerang mangsa ialah Harimau Belang (Panthera Tigris Jacksoni)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Hafid berkata PERHILITAN Gua Musang telah menerima aduan berkenaan kehadiran harimau di kawasan ladang terbabit pada 20 November lalu.

"Tindakan siasatan di lokasi aduan telah dilakukan oleh kakitangan jabatan pada tarikh sama. Khidmat nasihat telah diberikan kepada pekerja supaya membersihkan kawasan kebun yang bersemak samun dan keluar bekerja secara berkumpulan," katanya.

Beliau berkata Perhilitan telah mengambil langkah proaktif dengan memasang 10 unit perangkap harimau dan perangkap kamera di kawasan panas aduan gangguan Harimau Belang di daerah ini.

"Semua perangkap adalah aktif dan dipantau setiap hari oleh kakitangan jabatan. Perhilitan memohon kerjasama pemilik dan pekerja ladang atau kebun supaya membersihkan semak samun, sentiasa berhati-hati, bekerja secara berkumpulan dan tidak membuat sebarang provokasi kepada hidupan liar sekiranya terserempak," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ul-duit-balik-acheh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.489962 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list