CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3546|Reply: 2

[Cinta] 'Sempurna di mata orang yang tepat'

[Copy link]
Post time 30-11-2023 07:06 PM | Show all posts |Read mode
'Sempurna di mata orang yang tepat'


KISAH Muhammad Hafeezul dan Nadiatul Nabilah mendapat perhatian di TikTok.


Ipoh: "Kita akan sempurna di mata orang yang tepat," kata Nadiatul Nabilah Mazli, 26, yang beberapa kali dikecewakan dan dipermainkan oleh lelaki kerana dirinya berstatus orang kurang upaya (OKU) fizikal.

Bagaimanapun, takdir mempertemukan Nadiatul Nabilah dengan Muhammad Hafeezul Roslin, 26, yang sudi untuk memperisterikannya.

Berkat restu kedua-dua keluarga, Nadiatul Nabilah dan Muhammad Hafeezul selamat diijabkabulkan di Masjid Sungai Panching Selatan, di sini, Ahad lalu.

Bercerita lanjut, Nadiatul Nabilah yang bekerja sebagai pereka grafik berkata, dia berkenalan dengan suami di TikTok pada 24 Jun lalu dengan niat asal sekadar untuk berkawan.

"Tapi, suami yang mula tegur saya di Instagram (IG) dengan ucapkan selamat malam. Kami kemudian bersembang di WhatsApp pula dengan suami banyak cerita perihal dirinya.

"Hairan juga mengapa dia cerita banyak dengan saya, namun katanya kerana nak kenal dengan saya sampai jenjang pelamin.

"Melihat kesungguhannya, saya minta dia datang ke Kajang, Selangor dan beli cincin sebagai tanda kerana ketika itu menetap di sana.

"Dia buktikan dengan datang menaiki bas dan serius nak jadikan saya sebagai isteri apabila bawa saya berjumpa emaknya pada Ogos lalu," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Nadiatul Nabilah, pertemuan itu berjalan lancar dan dia bersyukur kerana diterima baik keluarga mentuanya.

"Waktu itu, emak mentua tanya boleh atau tidak terima anaknya (suami) dan terkejut juga kerana saya yang patut tanya soalan itu.

"Jadi, saya tanya semula soalan itu kepada ibu mentua dan Alhamdulillah, dia okey dan merestui hubungan kami.

"Pada September lalu, saya dan suami uruskan semua dan ikut perancangan awal kami nak nikah bulan depan, tapi diawalkan," katanya.

Berhubung perkongsian di TikTok, Nadiatul Nabilah berkata, niatnya untuk berkongsi kisah bahawa insan OKU juga boleh mengecapi nikmat bahagia.

Sementara itu, Muhammad Hafeezul berkata, dia berkahwin dengan Nadiatul Nabilah bukan kerana simpati, tetapi ikhlas menyayangi isterinya.

Malah, Muhammad Hafeezul turut bersyukur kerana keluarganya merestui hubungannya dan tidak pernah mempersoalkan pilihannya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ta-orang-yang-tepat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2024 05:01 PM | Show all posts
nmpk normal je


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 10:23 AM | Show all posts
sempurna dimata yg tepat tu bermakna mcm2
1. kelebihan background family mungkin ada tanah byk harta org lelaki skrg dh mcm perempuan cara dia tanya kita duk mana, kt kpg rumah sapa duduk..keta apa. hah mcm bang...tut
itu je kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.051955 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list