View: 26972|Reply: 2
|
[SEJARAH]
Perkahwinan Putera Kesultanan Langkat dan Puteri Kesultanan Kedah -
[Copy link]
|
|
Sekeping foto memaparkan persandingan putera dari Kesultanan Langkat
dengan puteri dari Kesultanan Kedah.
Adakah foto ini merupakan persandingan Tuanku Abdul Aziz Abdul Jalil Rahmat Shah Sultan Musa (1878 - 1927) Langkat
dengan Tunku Aishah Sultan Zainal Rashid Muazzam Shah II Kedah ?
Sultan Langkat, bergelar SULTAN ABDUL AZIZ ABDUL JALIL RAHMAT SHAH dalam tahun 1892. Sumber rujukan mencatatkan baginda dilahirkan pada 9 May 1878. Ini bererti, baginda telah menaiki takhta ketika berusia 14 tahun. Upacara pertabalan telah dijalankan di Tanjung Pura pada 23hb May tahun 1894. Baginda telah dikahwinkan dengan cucunda Sultan Deli, Sultan Othman Perkasa Alam Shah I (memerintah 1850-1858), iaitu Tengku Al-Autiah binti Raja Muda Deli Tengku Sulaiman. Baginda ini telah ditabalkan menjadi Sultanah Langkat pada tahun 1892 juga, bergelar TENGKU MAHSURI AL-AUTIAH. Namun, takdir telah menentukan bahawa perpisahan telah terjadi buat selamanya pada 31 Oktober 1897.
Berikutnya, Sultan Abdul Aziz telah memperisterikan pula seorang puteri diraja dari Kedah, iaitu Tunku Aishah, yang telah ditabalkan sebagai permaisuri dengan gelaran Tengku Permaisuri Aishah. Namun, Tunku Aishah juga telah mangkat semasa umur muda, iaitu ketika dalam pantang melahirkan puterinya.
PERHUBUNGAN DIRAJA LANGKAT-KEDAH
Perhubungan dengan Kedah Darul Aman dengan negeri Langkat telah bersemarak semenjak awal penubuhan negeri, iaitu semasa pemerintahan Sultan Musa (1887-1892) lagi, apabila baginda telah berbesan dengan Sultan Zainul Rashid Al-Muadzam Shah, yang memerintah Kedah antara tahun 1843-1854 Masihi.
Putera Sultan Musa yang bungsu, iaitu Tengku Abdul Aziz (kemudian menjadi Sultan Langkat) telah dikahwinkan dengan salah seorang puteri Sultan Zainal Rashid, yang bernama Tunku Aishah. Tunku Aishah telah dilantik menjadi Permaisuri Langkat, bergelar TENGKU PERMAISURI AISHAH, dalam tahun 1898.
Baginda bukan sahaja mempunyai perhubungan yang rapat dengan keluarga diraja Kedah Darul Aman, malah istana tempat mereka bersemayam di Tanjung Pura itu juga telah dinamakan ISTANA DARUL AMAN. Namun, istana itu kini sudah tiada kerana telah musnah terbakar semasa revolusi kemerdekaan Republik Indonesia.
Seperti telah disebut di atas, dari hasil perkahwinan baginda berdua, Tunku Aishah telah melahirkan seorang putera dan seorang puteri. Putera baginda dinamakan Tengku Ahmad, bergelar Pangeran Langkat, manakala puteri baginda bernama Tengku Lailan Safinah, dengan nama timang-timangannya Tengku Mas.
Tengku Lailan Shafinah telah dikahwinkan dengan putera dari Negeri Bulungan, sebuah kerajaan Melayu di Kalimantan; kemudian baginda ditabalkan menjadi Permaisuri Kerajaan Bulungan.
Namun, Tunku Aishah yang dilaporkan mempunyai rupa paras yang sangat cantik itu, tidak dikurniakan umur yang panjang. Baginda mangkat di Tanjung Pura, semasa dalam pantang selepas bersalin puterinya, dalam tahun 1904. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Tanjung Pura, Langkat; yang letaknya tidak berapa jauh dari makam seorang penyair terkenal Indonesia, iaitu Amir Hamzah.
Setelah kemangkatan Tunku Aishah, Sultan Abdul Aziz berkahwin pula dengan Tengku Zaharah binti Sultan Alauddin Sulaiman Shah dari Selangor. Tengku Zaharah ini boleh dikira sebagai salah seorang Kerabat Kedah juga kerana baginda adalah cicit Sultan Zainal Rashid Al-Muadzam Shah. Ibunda baginda ialah Tengku Maharom binti Tunku Dhiauddin (Tunku Kudin) ibni Sultan Zainal Rashid dari Kedah. Tunku Maharom adalah permaisuri Sultan Alauddin Selangor, bergelar Tengku Ampuan Maharom. Tunku Kudin adalah kekanda Tengku Permaisuri Aishah Langkat. Ini bererti, Tengku Zaharah adalah cucunda saudara Tunku Aishah sendiri.
Tengku Zaharah telah ditabalkan menjadi permaisuri Langkat dalam tahun 1919, bergelar TENGKU PERMAISURI ZAHARAH. Tengku Permaisuri Zaharah inilah yang melahirkan Tengku Rahimah, yang kemudian menjadi permaisuri Selangor pula, iaitu Tengku Ampuan Rahimah.
Sekali lagi berlaku perhubungan ’matrimonial’ diraja yang penting apabila Tengku Ahmad Pangeran Langkat ibni Sultan Abdul Aziz, iaitu putera Permaisuri Aishah sendiri dikahwinkan dengan seorang puteri dari Kedah pula, iaitu Tunku Maharom binti Tunku Zainal Rashid ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943).
Tunku Maharom mangkat di Kelang dalam tahun 1962 ketika berumur 55 tahun (lahir tahun 1902) dan dimakamkan di Makam Diraja Kampung Jawa, Kelang, Selangor. Pangeran Langkat dan Tunku Maharom telah memperoleh lapan orang putera dan puteri semuanya.
Rujukan :
Muzium Arkeologi & Anthropologi, Universiti Cambridge.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tkasih tt. info menarik. suka baca sejarah macam ni. Permaisuri tu nampak muda betul. Langkat ni bahagian mana sebenarnya ya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Langkat tu di Sumatera -- tu di peta tu -- Wilayah Langkat --
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|