View: 4414|Reply: 2
|
Harga emas pecah rekod tertinggi baharu
[Copy link]
|
|
Harga emas pecah rekod tertinggi baharu
IKLAN jualan emas di New York ketika harganya mencapai rekod tertinggi dalam sejarah. FOTO AFP
New York: Emas mencecah rekod tertinggi pada Isnin kerana keyakinan yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan mengurangkan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) pada tahun depan.
Logam berharga itu, dilihat sebagai pelaburan selamat, mencapai kemuncak sepanjang zaman pada AS$$2,135.39 seauns pada satu ketika, semalam.
Dolar AS juga lebih kukuh pada hari Isnin.
Emas mendapat manfaat daripada perang Israel-Hamas, menurut penganalisis.
"Kebimbangan latar belakang ekonomi global yang goyah dan konflik Israel-Hamas mendorong permintaan pelabur untuk aset tempat selamat seperti emas," kata Victoria Scholar, ketua pelaburan di Interactive Investor.
Selain itu katanya, jangkaan untuk pemotongan kadar Fed pada tahun depan meletakkan tekanan ke bawah pada dolar AS, yang didagangkan sekitar paras terendah tiga bulan, menambah daya tarikan emas.
Di tempat lain, bitcoin didagangkan melebihi AS$40,000 buat kali pertama sejak Mei tahun lalu, dirangsang oleh harapan bahawa AS tidak lama lagi akan membenarkan perdagangan yang lebih luas mata wang kripto terbesar dunia itu.
Pasaran saham utama kebanyakannya jatuh, dengan ketiga-tiga indeks utama AS merosot.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... od-tertinggi-baharu
|
|
|
|
|
|
|
|
banyak trader emsi, stop out dan junam sebab kondisi kenaikan emas yang sangat volatil. namun pasti ada yang boleh make profit atas kenaikan harga emas ini. |
|
|
|
|
|
|
|
harga emas on the spot juga naik, mereka yang menabung emas selama ini untung banyak
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|