View: 4947|Reply: 0
|
[Kelantan]
Mangsa banjir di Pasir Mas makin menurun
[Copy link]
|
|
SEORANG penduduk meredah banjir selepas kawasan Kampung Serongga, Pasir Mas masih ditenggelami air hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas semakin menurun apabila seramai 2,851 orang mangsa masih berlindung di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 3,260 setakat pukul 8 pagi tadi.
Menurut InfoBencanaJKM setakat pukul 12.30 tengah hari kesemua mangsa itu dari 911 buah keluarga.
“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok’ Deh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 792 orang, diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial (664), SK Sri Kiambang (345) dan Masjid Mukim Padang Licin (320) serta SK Gual Periok.
“Sementara SK Gual Tinggi 181 orang, SMK Gual Periok (153), Madrasah Tasek Bakong (82) dan SK Kedai Tanjong (58),” katanya.
Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang kembali ke paras amaran berbanding bahaya 9.07 meter pagi tadi.
Bagaimanapun Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada di paras berjaga-jaga.
Sungai-sungai utama lain berada pada paras normal.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... -mas-makin-menurun/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|