CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22878|Reply: 1

[Politik] Orang Melayu sokong PN kerana UMNO tidak berubah – Akmal

[Copy link]
Post time 6-12-2023 08:59 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR – Sokongan orang Melayu kini beralih kepada Perikatan Nasional (PN) kerana mereka merasakan UMNO tidak melakukan perubahan seperti yang dimahukan mereka.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, mereka tiada alternatif selain daripada memberi undi kepada PN untuk menunjukkan protes terhadap UMNO.

Beliau juga percaya, orang Melayu akan kembali semula kepada UMNO jika kepimpinan parti sedar tentang perubahan yang dikehendaki rakyat ketika ini dan berusaha untuk melakukannya.

“Kerana saya percaya, rata-rata orang Melayu masih sayangkan UMNO tetapi kepercayaan mereka terhadap UMNO berkurangan atas sebab-sebab yang perlu pemimpin UMNO berani untuk lakukan perubahan.

“Jika perubahan yang dilakukan kena pada kemahuan orang Melayu, insya-Allah UMNO akan mendapat kepercayaan seperti sebelum ini,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin dilaporkan berkata, Pas bersedia untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama yang mendapat kepercayaan orang Melayu dan Islam.

Pada masa sama, Dr Akmal menyangkal dakwaan bahawa UMNO kini tidak langsung mempunyai tempat di hati orang Melayu.

Menurut beliau, hakikat itu dibuktikan melalui kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang mana hampir 70 peratus pengundinya terdiri daripada orang Melayu.

“Pas juga pernah mengalami kekalahan teruk sebelum ini, tetapi kita tidak pernah menyatakan bahawa Pas umpama kanser.

“Adalah adat sesebuah parti politik, mesti ada naik dan turun,” jelasnya. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tahu tak berubah bubar jelah UMNO tu...pokpekpokpek time PAU je.

Melayu tahu lah diorg nak survive camne...bukan nye Melayu tu OKU.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.039402 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list