CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2885|Reply: 0

[Kelantan] Separuh rumah runtuh kerana banjir, 6 beranak buntu

[Copy link]
Post time 7-12-2023 02:47 PM | Show all posts |Read mode

SURIANI (kiri) menunjukkan dinding rumahnya yang runtuh akibat banjir di Bachok kepada AJK Muafakat Kelantan yang melawatnya di Kampung Teluk Kemunting. FOTO Nor Amalina Alias

Bachok: Sepasang suami isteri bersama empat anak termasuk tiga berstatus orang kurang upaya (OKU) terpaksa tinggal di 'rumah separuh' apabila kediaman mereka terbelah akibat banjir.

Suriani Nasir, 34, berkata, dinding rumah mereka runtuh dalam kejadian banjir jam 10 pagi Isnin lalu.

Katanya, sebelum ini dia tinggal di rumah yang dibina sendiri suaminya, Muhammad Sazili Mohd Razali, 46, hasil duit sendiri dan ihsan penduduk kampung yang simpati dengan kedaifan mereka yang terletak bersebelahan rumah ibunya, Sitah Mohd Noor, 61.

"Namun ketika banjir baru-baru ini, dinding rumah menjadi retak dan beberapa hari lalu (Isnin) saya terdengar bunyi kuat, rupanya dinding rumah runtuh. Ketika kejadian, saya berada di rumah ibu, mujurlah anak-anak juga ke sekolah.



"Selain dinding runtuh, beberapa bahagian rumah seperti pintu juga mengalami keretakan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Teluk Kemunting, di sini, hari ini.

Suriani berkata, tiga anaknya, Muhammad Asfar, 13, Siti Nur Balqis, 12, dan Muhammad Aidilazha, 11, adalah OKU lembab pelajaran manakala Siri Nor Hayati, 5, saja yang normal.

Katanya, dia membina rumah itu untuk keselesaan ahli keluarga selepas tidak mendapat mana-mana bantuan.

"Sekarang ini saya harap untuk bantuan rumah saja, duit tak mahu lagi, asalkan anak-anak duduk selamat dan selesa, kalau dapat sebesar reban ayam pun tak apa," katanya yang turut mencari pucuk midin dan lokan untuk membantu pendapatan suami.

Katanya, ketika ini suaminya, Muhammad Sazili berada di Perak kerana bekerja mengambil upah memasang tiang elektrik dengan pendapatan tidak menentu selain turut ditebuk leher kerana penyakit buah pinggang dan mempunyai sakit lelah.

"Kalau suami diserang lelah, dia tak dapat bekerja, saya sudah maklum dinding rumah runtuh namun tidak dapat buat apa-apa kerana kami tiada duit," katanya.

Dia berkata, kerana cuaca masih hujan, dia dan anak-anak kini menumpang sementara di rumah ibunya selain risau berlaku lagi runtuhan.

Terdahulu, keluarga itu menerima lawatan badan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Kelantan diwakili Timbalan Pengerusi, Rusdi Zakaria dan mantan Pengerusi, Ong Bong Chai atau Poksu Bong dan 10 ahli jawatankuasa (AJK) Muafakat Kelantan.

Rusdi berkata, mereka mengetahui kedaifan keluarga itu menerusi salah seorang ahli dan terus membuat lawatan dan menyampaikan sumbangan tunai dan bekalan makanan asas.

"Kita akan cuba bantu mereka dan berharap ada pihak lain tampil membantu terutama mengenai rumah yang mana mereka layak kerana suami sakit dan ada anak OKU," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jir-6-beranak-buntu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.942894 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list