CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33321|Reply: 0

[Johor] Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke

[Copy link]
Post time 10-12-2023 04:43 PM | Show all posts |Read mode

Anthony Loke.

Kluang: Pelaksanaan kemudahan pengangkutan awam seperti projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri ini perlu mengambil kira pelbagai faktor terutamanya dari segi kewangan negara.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kerajaan tidak mempunyai masalah untuk menyokong pembangunan infrastruktur di negeri ini, namun perkara berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat.

"Semua ini memang kita tak ada masalah untuk kita menyokong, cuma dari segi pelaksanaannya ia bukannya begitu mudah. Ia akan mengambil kira pelbagai faktor antaranya faktor kewangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Johor 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2024 pada 23 November lepas yang berharap projek HSR dan LRT dilaksanakan segera bagi melengkapkan ekosistem pengangkutan terutama dalam menjadikan Johor destinasi pelaburan utama di rantau ini.

Mengenai perkembangan terkini HSR, Loke berkata kementeriannya sedang melaksanakan permintaan untuk maklumat (RFI) bagi melihat cadangan daripada pihak swasta berkaitan pelaksanaan projek itu.



Cuma dari segi kaedah pembiayaan HSR itu mesti berdasarkan kepada pembiayaan swasta sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak. Terpulang kepada pihak swasta. Jadi kita sedang menunggu kertas-kertas cadangan daripada pihak swasta," kata Loke.

Sebelum ini, MyHSR Corporation Sdn Bhd dipetik sebagai berkata tarikh akhir bagi penyerahan RFI bagi cadangan konsep projek HSR Kuala Lumpur-Singapura dilanjutkan hingga 15 Januari 2024 dari tarikh asal pada 15 November 2023.

Berhubung LRT, Loke berkata projek itu perlu perancangan dan perincian terlebih dahulu sebelum pelaksanaannya.

"Sebab yang pertama ialah dari segi kosnya, diikuti jajaran termasuk teknikalnya, jadi ini akan dibincangkan lebih lanjut antara Persekutuan dan kerajaan negeri," katanya.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan menstruktur semula kadar tambang perkhidmatan tren Shuttle Tebrau di Johor Bahru ke Woodlands, Singapura, dengan kadar RM5 bagi dua hala khusus kepada rakyat Malaysia mulai tahun depan.

Pada masa ini kadar tambang Shuttle Tebrau ialah RM5 bagi laluan sehala dari Johor Bahru ke Woodlands, manakala S$5 bagi laluan sehala dari Woodlands ke Johor Bahru.

"KTMB semalam mencadangkan kepada saya perubahan stuktur untuk mudahkan rakyat kita, jadi untuk warganegara Malaysia kita tetapkan satu kadar tambang sahaja iaitu RM5 pergi dan balik.

"Ini sudah tentu menjimatkan penumpang yang bergantung kepada mod 'shuttle' ini, jadi saya sambut baik cadangan ini dan saya akan bawa kepada pihak APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) dan berharap ia akan dilaksanakan mulai awal tahun depan," katanya.

Beliau berkata meskipun Shuttle Tebrau akan dihentikan operasi selepas Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura siap pada 2027, namun dalam tempoh tiga tahun ini ia mampu memanfaatkan rakyat Malaysia terutama yang bekerja di Singapura.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 7739 Replies : 4
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 1416 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 310009 Replies : 8927
Rosmah lepas atau sangkut?
maklukpenggodaRosmah lepas atau sangkut?
Views : 48651 Replies : 35
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 12652 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 9286 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.037964 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list