|
FOTO HIASAN
Besut: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan merogol remaja bawah umur, tiga tahun lalu.
Hakim Ahmad Fadhli Mahmud membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhammad Zakwan Mohd Zaid, 23, didapati bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 15 tahun enam bulan di sebuah ladang kelapa sawit di daerah Setiu, 2 petang pada 3 Jun 2020.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Rabiatul Adawiah Soupy, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-remaja-bawah-umur |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|