CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9704|Reply: 0

Safawi bersama TFC musim depan?

[Copy link]
Post time 14-12-2023 10:29 AM | Show all posts |Read mode

TERENGGANU FC dikatkan berminat mendapatkan sentuhan Safawi Rasid bagi mengharungi musim 2024.



KUALA NERUS: Desas-desus mengaitkan kepulangan Safawi Rasid ke pasukan negeri kelahirannya Terengganu FC (TFC) pada musim depan semakin menjadi kenyataan.

Menurut sumber dalaman, spekulasi membabitkan pemain berusia 26 tahun itu memperkuatkan skuad Sang Penyu untuk menghadapi aksi musim 2024 bukan khabar angin.

Malah ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner, sebelum ini tanpa berselindung turut menyatakan minat mahu membawa masuk Safawi bagi memperkemaskan pasukan.

Bagaimanapun katanya, terlalu awal untuk membuat pengesahan kepulangan Safawi ke TFC dengan saingan Liga Super berbaki satu perlawanan selain menghormati kelab lain.

“Pihak pengurusan belum mengadakan perbincangan lanjut dengan pemain berkenaan tetapi memang ada hasrat ke arah itu kerana barisan jurulatih yakin pemain itu dapat memperkuatkan pasukan.

“Daripada maklum balas diterima boleh dikatakan agak positif namun memandangkan saingan Liga Malaysia (Liga M) 2024 bermula Mac atau April, masih awal lagi untuk mengesahkan perkara ini.

“Barisan jurulatih mahu membentuk pasukan lebih mantap tahun depan di semua posisi dan sedang mengenalpasti pemain-pemain untuk menyarung jersi TFC,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Untuk rekod Safawi dilatih Steinbruckner dan mencipta nama ketika bersama T-Team pada 2015 sebelum kelibatnya semakin mendapat perhatian di bawah bimbingan Rahmad Darmawan setahun kemudian.

Pada 2017 pemain kelahiran Dungun itu menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT). namun penampilannya semakin terbatas musim ini dan dibayangi kelincahan Pemain Paling Bernilai (MVP), Arif Aiman Hanapi.

“Posisi serangan antara kelemahan utama TFC musim ini apabila bergantung kepada Ivan Mamut dan akan berlaku rombakan dengan Adisak Kraisorn dijangka pulang ke Liga Thailand.

“Selain itu, TFC juga telah ‘mengikat’ tiga pemain muda iaitu tonggak pertahanan, Ubaidullah Shamsul Fazili, Safwan Mazlan dan penyerang, Syahmi Zamri sehingga penghujung 2026,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... ma-tfc-musim-depan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.047153 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list