CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8426|Reply: 0

[Kelantan] Limpahan Sungai Golok, pekan Rantau Panjang dinaiki air

[Copy link]
Post time 16-12-2023 12:42 PM | Show all posts |Read mode

Dua pintu masuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk ke pekan Rantau Panjang , di sini, ditutup selepas kawasan sekitar dinaiki air separas 0.5 meter sejak malam tadi. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Rantau Panjang: Dua pintu masuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk ke pekan ini ditutup selepas kawasan sekitar dinaiki air separas 0.5 meter sejak malam tadi.

Tinjauan ke kawasan berkenaan mendapati, hanya Pintu Satu JKDM bersebelahan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), yang masih dibuka dan boleh dilalui oleh semua kenderaan, manakala kawasan perniagaan masih bebas banjir.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa, berkata air mula memenuhi beberapa kawasan di pekan itu sejak malam tadi selepas hujan lebat serta limpahan Sungai Golok.

"Dua pintu masuk yang dilanda banjir iaitu berdekatan Kampung Parit Air dan Kampung Bagus, di sini, tidak boleh dilalui oleh kenderaan biasa, selain jalan berdekatan yang sudah ditenggelami air.



"Jalan utama ke Pintu Satu juga dilihat digenangi air tetapi masih boleh dilalui kenderaan, bagaimanapun orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati terutama jika cuaca masih hujan yang boleh menyebabkan berlaku peningkatan paras air.

"Selain itu, jalan utama di Pasir Mas-Rantau Panjang masih boleh dilalui, kecuali jalan Lalang Pepuyu- Rantau Panjang yang sudah ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan biasa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air di empangan Bukit Kwong, berdekatan Sungai Golok, mencatat bacaan 17.31 meter, setakat jam 8.30 pagi, hari ini, yang mana melebihi paras berjaga-jaga.

Sementara itu, peniaga makanan, Rosnani Zakaria, 36, berkata dia masih membuka gerai makanan miliknya memandangkan masih ada jalan yang boleh dilalui untuk ke pekan namun dalam keadaan bersedia memandangkan paras air Sungai Golok semakin meningkat.

"Jika hujan lebat hari ini, saya akan mengemas barangan ke tempat tinggi kerana biasanya pekan ini juga akan dinaiki air separas 0.3 hingga 0.6 meter dan masuk ke dalam kedai," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... panjang-dinaiki-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.049732 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list