CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23262|Reply: 0

[Kelantan] 3,832 mangsa banjir dipindahkan ke 16 PPS di Kelantan

[Copy link]
Post time 17-12-2023 12:22 AM | Show all posts |Read mode
3,832 mangsa banjir dipindahkan ke 16 PPS di Kelantan


Oleh Hidayatidayu Razali - Disember 16, 2023 @ 10:59pm  [email protected]




Penduduk mengharungi banjir selepas air Sungai Golok melimpah menenggelamkan Jalan Sekolah Cina Pekan Rantau Panjang hari ini. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR




KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 3,832 orang setakat jam 10 malam ini berbanding 2,854 petang tadi.

Mangsa banjir daripada 1,184 keluarga itu berlindung di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencatatkan, jumlah mangsa banjir di Pasir Mas paling ramai iaitu 3,564 orang daripada 1,111 keluarga berada di 10 PPS.

Di Tanah Merah, jumlah mangsa seramai 176 orang daripada 49 keluarga yang berlindung di tiga PPS dan seramai 92 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Kuala Krai.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my merekodkan, dua sungai utama di negeri itu yang melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 10.45 meter berbanding paras normal lima meter.

Satu sungai lagi melepasi paras bahaya adalah Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu dengan bacaan 2.21 meter berbanding paras normal 1.3 meter.

Empat sungai lagi melepasi paras waspada iaitu Sungai Semerak di Bachok (7.34 meter), diikuti Empangan Bukit Kwong, Rantau Panjang (17.23 meter), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.11 meter) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai (20.82 meter).







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.066634 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list