CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11021|Reply: 9

Ramai Dah Mula Kembali Pakai Pelitup Muka

[Copy link]
Post time 19-12-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Georgetown: Pemakaian pelitup muka dan penggunaan cecair pembasmi kuman sudah menjadi norma baharu sejak pandemik Covid-19 melanda negara tiga tahun lalu.


Tinjauan Harian Metro di beberapa lokasi tumpuan sekitar bandaraya sekitar Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) mendapati, orang ramai kembali memakai pelitup muka di tempat awam.


Namun ada juga segelintir individu yang mendakwa mereka tidak memakai pelitup muka tetapi masih melakukan penjarakan selamat dengan individu lain.




Foto: Harian Metro




Pekerja swasta Kimmy Chee Lei Kah, 29, berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani kuarantin akibat dijangkiti Covid-19, dua minggu lalu selepas mengalami batuk, selesema dan demam yang serius.


Katanya, dia mengesyaki dijangkiti virus itu selepas pulang dari berkunjung ke pusat beli-belah terkemuka.


"Mungkin ia kesilapan saya dan sejak itu, kami sekeluarga kembali memakai pelitup muka dan mengenakan cecair pembasmi kuman selain mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 seperti yang pernah kita lakukan ketika pandemik.


"Selepas pulih daripada Covid-19, memang sedikit trauma kerana badan terasa sangat lemah, jadi saya harap masyarakat dapat mengekalkan norma baharu berikutan kenaikan kes pada masa ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Sementara itu, tinjauan di beberapa farmasi mendapati tidak berlaku pembelian panik pelitup muka, kit ujian pantas dan cecair pembasmi kuman.


Pengurus Cawangan Farmasi Jion, Lim Yong Chun berkata, pada masa ini bekalan pelitup muka di farmasi berkenaan adalah mencukupi dan tidak berlaku kenaikan harga.


Katanya, kit ujian pantas antara produk yang menjadi permintaan di farmasi itu sejak beberapa bulan lalu diikuti dengan cecair pembasmi kuman. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 04:13 PM | Show all posts
aku pun dh borong mask kt shopee...harga masih murah blh la borong bnyk2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 04:22 PM | Show all posts
kena start beli mask semula lah nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 04:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 08:54 AM | Show all posts
iols dh slmt restocked untuk 6 bulan punya supply. masuk kerja hari2 kena pakai mask dah. ghisau!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 10:11 AM | Show all posts
yg xensem terus jd ensem
yg xlawa terus jd hampir lawa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2023 11:10 AM | Show all posts
aku mmg still pakai bila masuk opis wlupun 99% kt opis aku ni x pakai dah dan ada a few yg br baik dr kobid nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 07:15 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2024 04:19 AM | Show all posts
Do you want me to?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 1.401419 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list