View: 8767|Reply: 14
|
Kereta Kena Langgar Lari Di Kawasan Parkir- Pelaku Gagal Dikesan, Hanya Tinggalkan Duit RM100
[Copy link]
|
|
Seorang individu tidak menyangka keretanya menjadi mangsa 'langgar lari' ketika sedang diparkir di tempat terbuka.
Menerusi video pendek yang dimuat naik, individu tersebut menunjukkan tahap kerosakan pada bahagian kanan pintu belakang keretanya yang kemik akibat dilanggar.
Pelaku sepertinya sudah lesap daripada tempat kejadian dan enggan menunggu untuk bersemuka secara terus dengan pemilik kereta terbabit bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil susulan kecuaiannya.
Foto: mStar
Walaupun begitu, menariknya pelaku itu meninggalkan wang tunai berjumlah RM100 yang terdiri daripada dua keping not RM50 serta sehelai kertas yang tertulis permohonan maaf.
"Maaf kak terlanggar kereta," tulis si pelaku menandakan masih tersisa rasa tanggungjawab dalam dirinya untuk tidak sepenuhnya lepas tangan.
Namun, warga maya yang cekap membuat kira-kira berkata bayaran ganti rugi tersebut adalah jauh daripada memadai untuk menampung kos baik pulih kereta itu.
"Apa macam tu je kau minta maaf? Sekurang-kurangnya letaklah nombor telefon supaya pemilik kereta boleh call untuk berbincang dengan lebih lanjut. RM100 tu boleh buat apa je sangat.
"Adakah dia bersangka RM100 yang dia bagi tu dalam mata wang Amerika Syarikat. Kalau ya pun, masih jauh daripada cukup.
"emurahnya hati dia, terima kasih kerana sanggup memberi, banyak tu RM100, boleh siap 'payung' baiki kereta jiran yang bercalar-balar dan tukar empat tayar sekali gus.
"Jangan la banyak songeh, kereta yang rosak tu sapu minyak gamat nanti okay la," kata warga maya sinis.
Tidak kurang juga warga maya yang cuba bersangka baik dengan berkata kemungkinan si pelaku sedang mengalami kesempitan wang.
"Dah tak ada duit sangat kot sebab tu tinggalkan RM100 je tanpa nombor telefon. Sekurang-kurangnya nampak la dia nak bertanggungjawab daripada terus menghilang, lihat sisi baiknya juga.
"Kau gila ke apa, kalau bagi nombor telefon boleh bincang dengan dia punya insurans. Benda dah langgar, kena cari la juga duit tu sampai dapat.
"RM100 tu ibarat bertanggungjawab secara ala kadar," ujar warga maya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Penah kena gini kat mall.
Tulis dgn lipstick atas tisu, very faint. Struggled to understand what he/she wrote. After a few minutes, we all agak2 dia tulis ‘i’m sorry i think i scratched your car’ dibawah ada la cubaan tulis contact number tapi tak clear langsung. Maknanya tak ikhlas! |
|
|
|
|
|
|
|
Tulis tu sebagai cover kot2 terkantoi CCTV atau dashcam. Sengaja tulis pakai lipstick yang tak boleh dibaca.
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana org mcm ni tido di waktu malam. after buat org lain. kesiannya owner kete tu. teruk tu weh. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 21-12-2023 03:34 PM
Tulis tu sebagai cover kot2 terkantoi CCTV atau dashcam. Sengaja tulis pakai lipstick yang tak bol ...
Ya, nak ease conscience je tu.
We all pun malas nak turun naik parking mgmt office, tak berbaloi the time, energy and hassle, because it was just a negligible mark, no dent. |
|
|
|
|
|
|
|
"Dah tak ada duit sangat kot sebab tu tinggalkan RM100 je tanpa nombor telefon. Sekurang-kurangnya nampak la dia nak bertanggungjawab daripada terus menghilang, lihat sisi baiknya juga.
semoga orang yang suruh bersangka baik ni
kena lebih teruk daripada mangsa
bersangka baik tak kena tempat
tak ada duit sekalipun
bersemuka sbb sah2 buat salah |
|
|
|
|
|
|
|
Tempat terbuka tu yg sesiapa blh parking ke tanpa perlu byr caj bayaran? Klu kt dlm mall biasanya ada CCTV jd blhlah ke management office klu diaorg baik hati nk bg kerjasama.
Br ni kt tempat kaka ada sorg perempuan ni maklumkan tahun lps kereta dia kena sagat ms sdg isi minyak kt PETRONAS tp staff kt situ x layan permintaan dia utk tgk CCTV.
Kaka pun pernah kena kt psr tani , parking kt petak parking. Bila blk kt kereta omaiiii tue dia kereta belah kiri kena langgar mmg kemek teruks dan plat number blh patah dua. Nsb baik sbb ada yg pk dan catat no kereta terus buat police report dan htr surat serta police report pd insurance dia. Kereta besar tp bongok |
|
|
|
|
|
|
|
teruk mcm tu bayar seratus je
ni mahu ribu jugak ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan le jd macam ni.
Duit yg diselit tu sib baik takde yg paw ye. Tu hari ada tgk tt keta kena mcm ni duit yg diselit dlm belas2 ringgit je. Pun xde yg tlg faraidkan. Kiranya bagus gak le rakyat Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Baru lagi anak aku bawak kereta aku masuk basement nk cari parking..disagatnya tepi tayar tu..tapi x la seteruk kereta topik ni...tapi aku denda dia bayar duit repair.pakai duit dia...dlm RM700..padan muka....repair setengah hari siap.. |
|
|
|
|
|
|
|
iolls tersagat keta entah sapa. dia double park kt keta sebelah, takde tinggal no fon , hand break x lepas, iolls dah cuba reverse dengan berhemah tapi tetap gak sagat keter tu, nasib dia lah sapa suruh suka sgt double park kan?? kete iolls x calar sebb hilux |
|
|
|
|
|
|
| |
|