CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27072|Reply: 0

[Melaka] Peniaga di festival jualan makanan, kedai tular dikesan naikkan harga 200 peratus

[Copy link]
Post time 23-12-2023 05:29 PM | Show all posts |Read mode

Norena (tengah) memeriksa harga buah-buahan dan sayuran bersama Allex Seah (kanan) dan Tuminah (kiri) dalam operasi penguatkuasaan SHMMP. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

Melaka: Peniaga di festival jualan makanan mahupun kedai makan tular di negeri ini diberi amaran tegas supaya tidak mengenakan harga makanan terlalu mahal hingga membebankan pengguna atau akan berdepan tindakan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Norena Jaafar berkata, hasil aduan dan pemeriksaan dilakukan pihaknya mendapati hampir semua peniaga makanan di negeri itu menaikkan harga sebanyak 200 peratus.

Menurutnya, keadaan itu dibimbangi boleh memberi imej negatif menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

"Tahun depan TMM2024, kami tahu mereka (peniaga) menantikan masa untuk memperagakan makanan.


"Kita nasihatkan mereka untuk menurunkan harga sebelum kami datang kompaun, sebab kami tidak mahu mengganggu suasana festival makanan yang sedang berlangsung," katanya pada sidang media selepas operasi penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Norena berkata, kebanyakan premis makanan dan festival jualan makanan yang diperiksa adalah di kawasan Melaka Tengah dan pihaknya turut menasihati peniaga terbabit serta menguar-uarkan supaya tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

"Boleh dikatakan hampir semua peniaga menaikkan harga dan bagi saya itu satu kesempatan yang tidak sepatutnya berlaku.

"Antara alasannya adalah kos bahan mentah yang tinggi, kami berasa ia bukannya menjadi satu alasan untuk menaikkan harga 200 peratus," katanya.

Mengulas lanjut, Norena menegaskan pihaknya proaktif memantau secara rapat semua karnival jualan makanan yang sedang berlangsung di Melaka sebelum pengguna membuat aduan.

"Makanan-makanan tular di TikTok dan media sosial lain juga kita pantau dan buat kajian harga yang ditawarkan kepada pengguna.

"Ada masanya harga dikenakan berbeza dengan dipamerkan di TikTok misalnya ada peniaga nyatakan hidangan dalam pinggan besar untuk lima hingga enam pelanggan kira-kira RM70.

"Tapi apabila kita pergi ke kedai terbabit dan buat ujian pembelian didapati harganya lebih RM100 tidak termasuk minuman.

"Bagi saya, ia adalah satu penipuan dan kita ikut rapat dengan peniaga yang buat begini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-naikkan-harga-200
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.090515 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list