|
METMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya hari ini, membabitkan beberapa kawasan di
Terengganu dan Kelantan. -Foto NSTP/Ghazali Kori
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya hari ini, membabitkan beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan.
Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah, berkata hujan berterusan pada tahap terbabit diramal berterusan sehingga esok.
"Di Kelantan, ia membabitkan kawasan seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
"Di Terengganu pula meliputi kawasan seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun," katanya dalam kenyataan.
Pada masa sama, METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa lokaliti sekitar enam negeri.
Muhammad Helmi berkata, amaran itu meliputi Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dam Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) , Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Jerantut dan Kuantan).
Bagi amaran hujan berterusan tahap waspada, katanya ia membabitkan beberapa kawasan sekitar Kedah iaitu di Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
"Ia termasuk di Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar) termasuk Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis), " katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... hap-bahaya-sehingga |
|