CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10099|Reply: 0

[Selangor] Kita bukan lagi dalam 'Covid War' - Dr Dzulkefly

[Copy link]
Post time 24-12-2023 03:06 PM | Show all posts |Read mode

DR Dzulkefly berucap ketika sesi penggulungan sempena Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2023 di Klang. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Klang: Angka kes baru Covid-19 yang meningkat ketika ini tidak menggambarkan sebarang situasi cemas, berikutan penggunaan fasiliti kesihatan termasuk kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) masih terkawal.

Justeru, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, rakyat tidak seharusnya panik dengan laporan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19, sebaliknya mengambil sikap untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak dijangkiti.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau sistem amaran awal (HAS) dan bukti-bukti saintifik lain bagi menentukan sebarang tindakan serta langkah baru, jika perlu.

"Ramalan model kita, Januari kes akan turun. Kita bukan lagi dalam Covid War (perang Covid-19). Kita sedang masuk fasa pandemik ke endemik. Jadi tindakan kita berwajaran. Kita punyai sistem yang sistematik bukan hanya melihat pada angka.



"Sebaliknya kita melihat kepada tiga, empat faktor ini. Pertama jumlah kes, kedua jumlah kematian, ketiga jumlah kemasukan ke ICU dan keempat, sejauh mana beban fasiliti termasuk penggunaan katil di hospital," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Strategik Parti Amanah Negara (Amanah) berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional Amanah 2023 di sini, hari ini.

Beliau berkata, tidak akan membuat sebarang tindakan emosi dan terburu-buru dalam mengambil sebarang langkah kawalan termasuk syor untuk menguatkuasa sebarang sekatan serta pemakaian wajib pelitup muka.

"Sebab itu apabila kita mengukur keadaan ini, dalam fasa endemik kita ada tiga, empat faktor tadi, bukan saja angka. Saya tidak akan terpengaruh dengan pendekatan emosi.

"Apa yang saya lakukan adalah tertakluk kepada evidence (keterangan) dan penilaian HAS. Andai kalau berlaku perubahan besar, ia akan terkait dengan tiga, empat faktor itu," katanya.

Pada waktu ini, Dr Dzulkefly menjelaskan rakyat disyorkan untuk kembali kepada norma pembudayaan SOP yang diamalkan sebelum ini.

"Kita perlu kembali untuk menerapkan mengenai persoalan SOP iaitu elakkan 3S - tempat sempit, sesak dan elakkan sembang dekat-dekat," katanya.

Pada sidang media sebelum ini, Dr Dzulkefly memaklumkan KKM tidak bercadang untuk melaksana sebarang sekatan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 ketika ini, sebaliknya pihaknya sedang melaksana lima langkah dan strategi dalam menghadapi peningkatan jangkitan ketika ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... id-war-dr-dzulkefly
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.036724 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list