View: 11638|Reply: 0
|
[Selangor]
Kuala Lumpur ke-6 paling dikunjungi, tewaskan New York, Seoul
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
PETALING JAYA – Kuala Lumpur menduduki tangga keenam sebagai bandar raya paling dikunjungi oleh pelancong sepanjang tahun ini sekali gus menewaskan bandar New York dan Seoul.
Fakta tersebut dikongsikan oleh laman sesawang Travelness berdasarkan Indeks Bandar Destinasi Global hasil kajian oleh Mastercard.
Laporan tersebut menyenaraikan bandar dan destinasi pelancongan paling popular di dunia berdasarkan jumlah ketibaan pelawat semalaman antarabangsa dan perbelanjaan rentas sempadan.
Menerusi laporan berkenaan, sebanyak 13.79 juta pengunjung dari seluruh dunia telah datang melawat Kuala Lumpur sepanjang tahun ini.
Indeks Bandar Destinasi Global hasil kajian oleh Mastercard menunjukkan Kuala Lumpur menduduki tangga keenam sebagai bandar raya paling dikunjungi oleh pelancong sepanjang tahun ini.
Bandar raya New York pula menduduki tangga ketujuh dengan jumlah 13.60 juta pengunjung diikuti dengan Istanbul (13.40 juta) dan Tokyo (12.93 juta).
Bagaimanapun, Kuala Lumpur tewas satu anak tangga di belakang Singapura dengan jumlah pengunjung seramai 14.67 juta.
Seoul, Korea Selatan pula menduduki tangga ke-11 dengan jumlah seramai 11.25 juta pelancong manakala Osaka (10.14 juta pengunjung) dan Mekkah (10 juta).
Di tangga pertama, Bangkok dengan jumlah 22.78 juta pengunjung kelihatan selesa di kedudukannya diikuti dengan Paris (19.10 juta pengunjung) dan London (19.09 juta pengunjung). – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... kan-new-york-seoul/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|