CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22508|Reply: 0

[Melaka] Penutupan jalan: Ab. Rauf minta peniaga bersabar, jangan terburu buat kesimpulan

[Copy link]
Post time 24-12-2023 04:32 PM | Show all posts |Read mode

AB. RAUF Yusoh bersama tiga pemenang utama Megasurf Pantai Puteri 2023 di Pentas Budaya, Pantai Puteri, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP



MELAKA: Kerajaan negeri mempunyai kaedah untuk membawa masuk pelancong ke kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir di sini, berikutan isu penutupan jalan selamat 54 jam sejak petang Jumaat lalu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri tidak sama sekali menganiaya peniaga dengan bersikap zalim sehingga kelompok terlibat tidak dapat menjalankan perniagaan kerana ketiadaan pengunjung.

“Kita tidak akan menganiaya mana-mana peniaga kerana mereka adalah rakan kongsi pelancongan kepada kerajaan negeri. Kita ada kaedah untuk membawa masuk pelancong ke Zon Bebas Kenderaan, jadi saya minta mereka (peniaga) bersabar, jangan kita terburu-buru buat kesimpulan.

“Kerajaan negeri masih mengkaji kaedah terbaik untuk memberi dan meraikan, bukan sahaja pelancong tetapi juga peniaga di sepanjang kawasan pelancongan untuk dipastikan mereka mendapat pulangan yang baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Megasurf Pantai Puteri 2023 di Pentas Budaya Pantai Puteri di sini, hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, kira-kira 100 peniaga di Medan Samudera, Banda Hilir meminta kerajaan negeri mempertimbangkan penutupan jalan Zon Bebas Kenderaan daripada 54 jam kepada hanya 18 jam.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja Peniaga Pengusaha Kecil Melayu Melaka (PPPPKMNM) Cawangan Melaka Bandar, Abdul Rahim Embi berkata, penutupan jalan selama tiga hari bermula petang Jumaat itu menjejaskan kehadiran pengunjung terutama pelancong ke medan berkenaan.

Menurutnya, apabila jalan ditutup, pelancong yang menaiki bas, kereta dan motosikal tidak datang ke kawasan itu.

Tambah Ab. Rauf, oleh kerana golongan peniaga memerlukan ramai pelancong untuk datang dengan selesa, penutupan jalan itu masih di peringkat kajian keberkesanan agar memberi pulangan semula kepada rakyat.

“Pastinya ada satu benda baharu bakal menjadi kejutan dan kejutan ini sepatutnya mereka tidak berasa teraniaya, sebenarnya mereka tidak dianiaya.

“Menjelang tahun depan, kerajaan negeri merancang untuk membuat penyuraian trafik di titik-titik hitam yang dikenal pasti dengan satu kaedah akan dibuat bagi memastikan kelancaran kemasukan pelancong dan pengunjung,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... ru-buat-kesimpulan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.111125 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list