CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14754|Reply: 17

Netizen kecam wanita perli Raja Permaisuri letak belacan dalam sambal

[Copy link]
Post time 25-12-2023 07:20 AM | Show all posts |Read mode
Netizen kecam wanita perli Raja Permaisuri letak belacan dalam sambal


Tangkap layar komen balas wanita tersebut terhadap cadangan Tuanku Permaisuri.

PETALING JAYA – “Sambal kicap tak ada belacan kak (kakak) oi, kebanyakan saya tengok resepi sambal tak ada belacan, kak seorang sahaja letak belacan.”

Demikian jawapan balas seorang pengguna Instagram terhadap komen yang ditinggalkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke atas video resepi pengguna lain.

Wanita itu dilihat seolah-olah tidak setuju dengan cadangan Raja Permaisuri tentang untuk menambah belacan dalam masakan sambal kicap.

“Nak sedap lagi, masukkan belacan sikit dan goreng sekali,” cadang baginda Tuanku.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita berkenaan yang dianggap biadab.

“Hai kak oi, awak tahu dengan siapa awak bercakap tak? awak rakyat negara mana? biadap sangat bahasa awak,” tegur Annuar.

“Duduk dalam gua mungkin dia ni, tak kenal siapa pemimpin negara, siapa Agong kita, siapa Raja Petrmasuri negara kita. Awak patut kena banyak membaca, bukan tahu komen sahaja,” kata Ayuni Dahlia.

Selain itu, ada pengguna yang menyelar tindakan wanita tersebut dan beranggapan bahawa setiap orang mempunyai resepi tersendiri.

“Semua orang ada cara nak bagi makanan tu sedap, tak perlu awak nak perli atau pertikai cadangan orang. Suka, ikut…tak suka abaikan, mudah sahaja,” pesan Adiraa.

“Aku buh (letak) je belacan lagi enak,” ujar Syamsiah Yaacob.

Bagaimanapun, dalam komen balas terbaharu wanita terbabit, dia tampil membuat permohonan maaf kepada Tuanku Permaisuri berhubung tindakannya sebelum ini.

“Tuanku, patik menyusun 10 jari mohon ampun Tuanku di atas keterlanjuran kata patik terhadap Tuanku,” rayu wanita tersebut. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... lacan-dalam-sambal/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2023 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
iols idok ler mengangungkan kerabat. Tapi dah negara kita ada raja2 kenalah ikut juga adab bila bercakap dgn diorang kan? iols cringe betul gang2 bola yg main dgn jdt haritu punya caption. Kalau bodoh, Googlelah cara nak ucap terima kasih kat kerabat atasan. TMJ tu bukan kerabat bawahan mcm yg laki kakmah laki ju laki srimah segala tu. Even crown princess kelantan gunakan susunan ayat proper bila ucap terima kasih kat sultanah lain.
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 25-12-2023 05:03 PM
iols idok ler mengangungkan kerabat. Tapi dah negara kita ada raja2 kenalah ikut juga adab bila berc ...

TBH it is delicate situation. Pada I Raja2 ni la patut jangan bermed-soc atas nama title sendiri.
If they want to be like a rakyat biasa create je la acct lain yg bukan formal account.

To me, royal account must always be moderated. If u see british royals ke apa mana boleh dorang suka2 tulis ikut hati dorang on the soc med? Because there are protocols.

So these raja2. In the first place if you expect the protocols be followed and given to them then takyah la pi komen2 merata sesuka hati centu. Kalau nak bermedsos mcm org lain dicadangkan create je la acct personal sendiri



Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg pelik pn sambal kicap letak belacan..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2023 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
lesprincesse replied at 25-12-2023 05:43 PM
TBH it is delicate situation. Pada I Raja2 ni la patut jangan bermed-soc atas nama title sendiri.
...

Of courselah. Contoh macam Sultan Johor punya official account. Tapi dah anak menantu pun nak ada personal acct pastu berlovey dovey mcm marhaen. Ni si kida dah clean up ig dia sbb nak jd acting sultanah.

Tapi yg marhaen pun disebabkan negara kita ada raja jadi kenalah jaga tatacara kan? Sebab apa? Sebab kita orang ada adab.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Orangkaya99 replied at 25-12-2023 11:05 PM
mmg pelik pn sambal kicap letak belacan..hehe


Mungkin style johor kot. Sbb yg suka mencicah kicap ni org2 belah johor. SG belajar makan pisang goreng cicah kicap dgn kawan jdt. Since permaisuri org jdt n suka masak2 ni, SG percaya je resepi tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-12-2023 10:56 AM | Show all posts
apa masalah kalau letak belacan pun.. ni la dlm filem p ramlee, pasal belacan pun mau gaduh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 11:03 AM | Show all posts
i olls kalau makan buah cicah kuah kicap, kuah kicap tu mmg letak belacan, cili & gula...penyekkan skali semua ..sedap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 25-12-2023 11:26 PM
Of courselah. Contoh macam Sultan Johor punya official account. Tapi dah anak menantu pun nak ada  ...

Pasal adab tu ya, of course saya setuju. Ngan sapa2 pun kita patut jaga akhlak dan adab waima di alam net sekali pun.  

So far mengikut my own observations usually bagaimana orang tu behave di alam maya macam tu jugaklah that person in real life. Kecuali bila pakai fake acct tu mmg tak dapatlah kita nak komen

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 04:35 PM | Show all posts
i rs sis tu komen without bc nama acc holder  yg dia reply. mcm spontan gitu.. or since byk acc fake/fanbase, dia reply gitu. iols husnuzon
nk protokol, jgn main medsos trs.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa hanyut ke dia tu....
Tak tau adab dgn sapa dia berinteraksi.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambal kicap yg mkn dgn sup ke dgn pisang goreng tu ke ai xprnah letak belacan.tp kalau yg buat colek tu mmh sedap letak belacan bakar sikit.
Tp resepi ni lan boleh ubah suai ikut tekak masing2.ada je jenis yg msl semua nk ltk blcn sikit.sbb masakan jd lebih umami giteww
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku penah makan buah cecah belacan n gula, tuang air sikit pstu gaul2.. lenyek2 kan belacan tu. Sedapnye ya ampun. Dulu cikgu skola aku yang ajar, die orang kelantan la tapi.
Belacan is good. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal belacan nak gaduh ..sukalah resepi masing2. Kalau Kita buat nak makan dengan sup ke goreng2(Pisang,keledek,Tempe,tahun) just cili, garlic n kicap ..tambah belacan n gula kalau utk nak mkn ngan buah2 .gitulah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Zeatyisaac at 3-1-2024 12:36 AM
SalenaGomez replied at 26-12-2023 01:03 AM
Mungkin style johor kot. Sbb yg suka mencicah kicap ni org2 belah johor. SG belajar makan pisang g ...


Yup betul. Belacan sikit, chili API, bawang putih dan sebagainya lagi, kita goreng dulu, baru blend. Boleh simpan lama.
To my family, belacan tu wajib. Almost semua Jeni's masaksn sayur masuk belacan, sedap, cubalah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 3-1-2024 12:34 AM
Yup betul. Belacan sikit, chili API, bawang putih dan sebagainya lagi, kita goreng dulu, baru blen ...

Wowww tq for the resepi. Kalau boleh nak detail skit reeepi tu, nak simpan tqqqqq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 3-1-2024 09:01 AM
Wowww tq for the resepi. Kalau boleh nak detail skit reeepi tu, nak simpan  tqqqqq

Chili API, bawang putih, bawang besar. Goreng dan blend dengan kicap, gula melaka dan garam. Resepi yang sama, kalau nak makan ngan begedil atau pisang goreng, takyah letak belacan. Kalau nak makan ngan daging atau ikan, baru letak belacan. Cubalah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 3-1-2024 05:05 PM
Chili API, bawang putih, bawang besar. Goreng dan blend dengan kicap, gula melaka dan garam. Resep ...

Wowwww tqsm sis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.560451 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list