CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9969|Reply: 0

Belum boleh rasa gembira – Garrido

[Copy link]
Post time 25-12-2023 10:25 AM | Show all posts |Read mode

HARITH Haiqal (kiri) meledak gol tunggal perlawanan ketika membantu skuad B-23 negara mencatat kemenangan ke atas China pada aksi persahabatan kelmarin. - FB FAM

KEMENANGAN 1-0 ke atas China pada aksi persahabatan kelmarin belum menghadirkan kegembiraan buat pengendali skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Juan Torres Garrido.

Walaupun lega dengan kemenangan ke atas lawan yang lebih berkualiti, Garrido menjelaskan ia sebagai permulaan dan tiada jaminan boleh diberikan kerana anggap skuad kali ini masih lagi dalam fasa permulaan di bawah kendaliannya.

“Secara keseluruhannya kami gembira, namun daripada barisan kejurulatihan, kami belum lagi boleh bergembira sepenuhnya. Di sebalik jaringan yang terhasil, prestasi pasukan juga agak memuaskan.

“Prestasi pemain agak bagus, namun kami masih lagi mencari aspek yang perlu ditingkatkan. Ini adalah ujian yang bagus kerana China adalah pasukan yang baik, tetapi seperti saya katakan masih banyak aspek yang perlu dibaiki,” katanya.

Pada perlawanan itu, bek Selangor, Harith Haiqal Adam Afkar memastikan kemenangan menjadi milik skuad negara selepas menyempurnakan peluang terhidang ketika aksi sudah pun berada di masa kecederaan.

Esok skuad B-23 akan melengkapkan kunjungan ke China dengan menentang lawan sama dan kesempatan ini pastinya jadi peluang terbaik Garrido memberi peluang kepada beberapa pemain lain.

“Apabila bertemu lawan sama dua kali, ia pasti sukar sebab kamu sendiri tahu macam mana pasukan Chia. Fokus kami adalah untuk melakukan perubahan yang lebih baik terhadap pasukan,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... sa-gembira-garrido/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.224831 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list