CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9609|Reply: 0

[Kelantan] Tak dapat sediakan rumah selesa kerana masalah kesihatan

[Copy link]
Post time 25-12-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN rumah kongsi yang diduduki keluarga Mohd. Zaki (kanan) dan Nor Azihan bersama tiga anaknya di Kawasan Perindustrian, Gua Musang baru-baru ini. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Sepasang suami isteri bersama tiga anak yang berteduh di sebuah rumah kongsi daif di kawasan perindustrian di sini memohon bantuan rumah baharu untuk keselesaan mereka sekeluarga.

Mohd. Zaki Lome, 45, yang be­kerja di kilang papan di kawasan itu berkata, dia tidak mampu menyediakan rumah yang selesa buat keluarganya kerana kesempitan wang.

Menurutnya, isteri, Nor Azihan Zahari, 40, yang menghidap penyakit kencing manis kronik dan sudah dipotong dua jari kaki kiri serta mengalami masalah penglihatan terpaksa mendiami rumah terbabit sejak lima tahun lalu.

“Saya yang bekerja sebagai buruh di kilang papan memperoleh pendapatan tidak menentu kerana mengalami penyakit gout dan adakalanya tidak bekerja kerana masalah kesihatan itu.

“Saya memperoleh gaji secara harian. Sekiranya tidak bekerja kerana sakit, maka tiada pendapatan untuk hari itu,” katanya.

Mohd. Zaki memberitahu, mereka terpaksa berjimat dan makan secara ala kadar kerana dua anak masih belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wangi.

Katanya, dia sudah membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan rumah kepada beberapa agensi, namun masih belum mendapat jawapan.

Terdahulu, keluarga itu me­nerima kunjungan Penggawa Daerah Galas, Sopuddin Yusoff untuk melihat sendiri keadaan rumah yang didiami mereka.

Sementara itu, Nor Azihan berkata, dia menerima bantuan Jabatan Kebaikan Masyarat (JKM) sebanyak RM150 sebulan dan sedikit sebanyak membantu meringankan beban.

Katanya, ketika ini, pergerakan dirinya agak terhad kerana penglihatan kabur.

“Saya perlu bantuan suami dan anak-anak untuk ke tandas yang berada di luar rumah.

“Kami tiada pilihan apabila terpaksa tinggal di rumah kongsi ini bersama suami dan anak-anak,” katanya yang mempunyai anak berusia sembilan hingga 22 tahun.

Orang ramai yang ingin memberi bantuan boleh menghubungi keluarga berkenaan di talian 017-944 1055 atau melalui akaun Bank Islam milik Nor Azihan, 03063020398712.

https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -masalah-kesihatan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.037917 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list