CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9850|Reply: 0

EPL: Pemain berikan hadiah Krismas buat saya – O’Neil

[Copy link]
Post time 25-12-2023 04:42 PM | Show all posts |Read mode

TONGGAK tengah Wolverhampton, Mario Lemina meraikan jaringan pertama pasukannya untuk bantu kemenangan 2-1 ke atas Chelsea di Stadium Molineux, semalam. - WOLVERHAMPTON

LONDON – Kebimbangan pengurus Wolverhampton, Gary O’Neil terhadap kecederaan pemain bertukar menjadi pesta apabila mencipta kemenangan 2-1 ke atas Chelsea di Stadium Molineux, semalam.

Kejayaan kali ini pastinya menghadirkan hadiah paling bermakna buat Wolverhampton bagi meraikan Krismas.

“Pagi tadi (semalam) saya menerima panggilan daripada doktor mengatakan Jean Bellegarde tidak berapa sihat, Craig Dowson pula belum cergas sepenuhnya. Kami terpaksa memanggil pemain muda dan sudah pasti kejayaan ini begitu bermakna buat kami.

“Mereka berusaha besama-sama dan kejayaan ini adalah penghargaan besar kepada kumpulan pemain kami. Sudah pasti saya akan menikmati setiap detik pada sambutan Krismas kali ini,” katanya.

Kedua-dua gol Wolverhampton dijaringkan oleh Mario Lemina dan Matt Doherty manakala gol tunggal Chelsea dihasilkan Christopher Nkunku.

Kemenangan ini meletakkan Wolverhampton di tangga ke 11 Liga Perdana Inggeris dengan mengutip 22 mata hasil enam kemenangan dan empat seri.

Pada perlawanan itu, Dawson yang turut dimainkan terpaksa digantikan pada separuh masa kedua selepas alami kecederaan ketika menghalang percubaan Raheem Sterling.

“Bagaimanapu doktor memberitahu saya tiada sebarang isu serius dan dia akan boleh bermain pada aksi seterusnya. AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... as-buat-saya-oneil/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.682902 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list