CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11821|Reply: 0

[Kelantan] Timbunan sampah sarap, balak hanyut terperangkap di jeti

[Copy link]
Post time 25-12-2023 05:06 PM | Show all posts |Read mode

TIMBUNAN sampah sarap dan batang balak yang dihanyutkan arus sungai sebelum terperangkap di jeti Laman Warisan Kampung Laut. FOTO Siti Rohana Idris

Tumpat: Hujan yang berterusan sejak semalam menghanyutkan timbunan sampah sarap termasuk balak di sepanjang Sungai Kelantan.

Tinjauan di jeti Laman Warisan Kampung Laut di sini mendapati timbunan sampah sarap itu terperangkap dan memenuhi sekitar kawasan jeti sekali gus menyakitkan pandangan mata.

Seorang penduduk, Zamri Kadir, 49, berkata, sejak semalam paras air sungai semakin meningkat dan arus juga agak deras membawa muatan dari kawasan hulu (Gua Musang dan Kuala Krai).

"Air sungai membawa timbunan sampah sarap terutama batang balak yang hanyut seterusnya terlekat di mana-mana jeti di sepanjang Sungai Kelantan.


"Situasi ini sering berlaku setiap kali hujan lebat dari kawasan hulu dan biasanya kami penduduk kampung akan bergotong-royong membuang semua sampah sarap itu selepas beberapa hari hujan reda.

"Timbunan sampah sarap dan batang balak yang terperangkap itu tidak akan hanyut sendiri melainkan penduduk yang perlu membuangnya kerana selain menyakitkan mata memandang, aliran air juga menjadi tersekat disebabkan sampah ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Zamri berkata, selain jeti Laman Warisan Kampung Laut, sampah sarap yang hanyut akan terperangkap di banyak lagi jeti sekitar antaranya Pulau Beluru, Teluk Renjuna dan Kuala Besar, Kota Bharu.

Bagi Al Amin Awang, 33, pula, sejak malam tadi dia turun ke jeti Laman Warisan Kampung Laut itu untuk melihat botnya yang dibimbangi terputus tali yang ditambat pada jeti.

Dia berkata, beberapa bot dan perahu milik penduduk sekitar juga perlu ditambat dengan kuat supaya tidak hanyut memandangkan arus sangat deras.

"Awal pagi lagi saya hadir di jeti ini untuk melihat keadaan bot dan setakat ini keadaan masih terkawal cuma banyak timbunan sampah sarap yang memenuhi kawasan jeti.

"Setakat ini semua bot yang diparkir di jeti ini selamat cuma sesekali perlu membuang air yang masuk ke dalam bot memandangkan hujan masih lagi berlaku," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erperangkap-di-jeti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.036920 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list