CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25620|Reply: 0

[Kelantan] Lelaki 'pancing' wang tabung masjid dicekup penduduk kampung

[Copy link]
Post time 25-12-2023 05:11 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki berusia 34 tahun dicekup ajk masjid selepas cuba mencuri wang tabung pengurusan di Masjid Ar Rahman, Kampung Kubang Batang, tengah malam tadi. FOTO IHSAN PEMBACA

Tumpat: Lelaki berjubah dan berkopiah dicekup orang awam ketika leka 'mengail' wang dari tabung masjid di Kampung Kubang Batang, di sini, tengah malam tadi.

Lelaki itu menggunakan batang besi yang dipasang pelekat sebelum memasukkannya ke dalam lubang tabung seterusnya berjaya mengeluarkan beberapa not dari tabung itu.

Menurut ahli jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan, Zulkifli Abdullah, 58, lelaki itu tiba di Masjid Ar-Rahman, di sini kira-kira 12 tengah malam sebelum memarkir keretanya di ruang belakang perkarangan masjid.

Katanya, lelaki itu kemudiannya masuk ke dalam masjid dengan mengopak pintu yang berkunci sebelum terus mendekati tabung pengurusan yang berada di ruang solat lelaki.



"Sebenarnya sudah banyak kali berlaku kecurian wang tabung pengurusan masjid ini dan setiap kali melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ia dilakukan orang serta waktu yang sama.

"Kejadian terakhir adalah minggu lalu jadi kami AJK masjid mengambil keputusan untuk membuat persediaan dengan menunggu di bilik yang menempatkan monitor CCTV.

"Jangkaan kami tepat apabila melihat lelaki yang sama seperti beberapa kejadian sebelum ini dan kami biarkan dia 'mengail' dengan batang besi yang dipasang pelekat itu beberapa ketika sebelum menangkapnya," katanya ketika ditemui di Masjid Ar Rahman di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, lelaki berusia 34 tahun itu cuba melawan dan berlaku sedikit pergelutan ketika diberkas lima AJK masjid terbabit namun berjaya dikawal sebelum pihak polis dihubungi.

Katanya, wang yang berjaya dipancing tengah malam tadi hampir RM500 dan berdasarkan pengakuan dari lelaki itu sendiri memberitahu sekitar amaun itu juga yang diperoleh dalam beberapa kecurian sebelum ini.

"Dia juga memberitahu sudah banyak kali singgah di masjid ini pada waktu malam dan turut mengenali beberapa kariah lain sambil mendakwa hadir untuk solat tahajud.

"Lelaki itu beralamat di Melor, Kota Bharu dan ketika pergelutan tengah malam tadi juga terdapat sejumlah wang tunai yang agak banyak bersamanya sambil mendakwa ia adalah wang perniagaannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... up-penduduk-kampung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.035389 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list