CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29082|Reply: 0

[Kelantan] Ratusan terperangkap dalam banjir di ICQS Rantau Panjang

[Copy link]
Post time 25-12-2023 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Ratusan terperangkap dalam banjir di ICQS Rantau Panjang


Syaherah Mustafa
[email protected]



KEADAAN semasa pekan Rantau Panjang yang digenangi air sejak pagi tadi. FOTO Syaherah Mustafa.




Rantau Panjang: Ratusan orang ramai yang baru keluar dari Thailand terperangkap di hadapan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang selepas laluan keluar dinaiki air hampir satu meter.

Susulan itu, kebanyakan mangsa terpaksa menumpang kenderaan berat seperti lori ataupun menunggu kenderaan agensi penyelamat disebabkan arus deras.

Seorang mangsa, Nazman Nawawi, 53, berkata dia terperangkap selama dua jam di pekarangan ICQS dan akhirnya meminta bantuan seorang pemandu lori untuk pulang ke Pasir Mas.

"Saya pulang ke Patani, Thailand, dua hari yang lalu dan tidak menyangka banjir besar akan melanda. Biasanya, kawasan ini mengambil masa dua atau tiga hari baru naik air paras tinggi.

"Jika tiada yang menumpangkan saya sekeluarga, kami perlu merendah banjir sejauh hampir lima kilometer (km) untuk sampai ke tempat yang benar-benar selamat.

"Alhamdulillah, saya sekeluarga selamat walaupun kereta terpaksa ditinggalkan di kawasan ICQS," katanya ketika ditemui di hadapan ICQS Rantau Panjang hari ini.

Tinjauan ke kawasan ICQS berkenaan lewat petang tadi, mendapati masih ada sekumpulan kecil pengunjung yang terperangkap dan dibantu agensi penyelamat ke tempat selamat.

Bagi Mashitah Rahman, 35, dia tidak menyangka percutiannya ke Hatyai berakhir dengan pengalaman menakutkan apabila terperangkap di ICQS selama empat jam.

"Saya dapat maklumat Rantau Panjang banjir tetapi tidak menyangka ia seteruk ini, malah Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas juga sudah digenangi air.

"Oleh itu, saya mengambil keputusan tidur dahulu di rumah tumpangan selamat, sebelum pulang ke Pasir Puteh," katanya.



Disiarkan pada: Disember 25, 2023 @ 9:00pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036318 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list