View: 3550|Reply: 0
|
Salah bersuara buat kali kedua isu Palestin
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TOPSHOT-FBL-ENG-PR-LIVERPOOL-ARSENAL_1703558065.jpg)
SALAH (dua dari kanan) seru tidak boleh lupakan keluarga yang bersedih di atas peperangan di Gaza. FOTO AFP
Kaherah: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah berkata bahawa keluarga yang bersedih kerana orang tersayang mereka di Gaza tidak boleh dilupakan, dia mengeluarkan mesej sempena sambutan Krismas.
Salah memuat naik gambar hitam putih pokok Krismas di media sosialnya, menyatakan bahawa dia meraikan perayaan itu dengan hati yang berat di tengah-tengah peperangan berlaku di Gaza sejak pencerobohan oleh Israel pada 7 Oktober lalu.
Israel menyatakan militan Hamas menyebabkan kematian 1,200 orang dan menawan kira-kira 240 sebagai tebusan dalam serangan mereka dan pengeboman Israel ke atas Gaza seterusnya dilaporkan menyebabkan lebih 20,400 kematian dan mencederakan sekurang-kurangnya 50,000 mangsa.
"Di tengah-tengah kekejaman perang yang berlaku di Timur Tengah, terutamanya di Gaza dengan kematian dan kehancuran, kami menyambut Krismas tahun ini dengan hati yang berat, dan kami turut merasai kesedihan keluarga yang kehilangan orang yang tersayang.
"Janganlah kita lupa saudara kita di sana dan janganlah kita terbiasa dengan penderitaan yang mereka alami. Selamat Hari Krismas," tulis Salah kepada lebih daripada 63 juta pengikutnya di Instagram dan hampir 19 juta di X.
Salah sudah menghadapi beberapa kritikan di tanah airnya, Mesir seminggu selepas peperangan itu terjadi, apabila dia berdiam diri berkaitan isu terbabit dan ramai peminatnya membandingkan sikapnya dengan atlet sukan Arab yang lain.
Pegawai Bulan Sabit Merah Mesir berkata, "Salah membuat sumbangan pada bulan Oktober lalu untuk membantu rakyat Gaza.
Dalam kenyataannya yang pertama mengenai konflik pada bulan Oktober, kira-kira dua minggu selepas peperangan bermula, Salah menyeru agar pengakhiran apa yang beliau gambarkan sebagai 'pembunuhan beramai-ramai', sambil merayu supaya bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Gaza.
Beliau yang berusia 31 tahun itu antara pencetak gol utama dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kedua-isu-palestin |
|
|
|
|
|
|
| |
|