CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7837|Reply: 0

[Selangor] Kelantan paling terjejas, mangsa di 4 negeri lepasi 24,000

[Copy link]
Post time 26-12-2023 12:59 PM | Show all posts |Read mode

Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Jumlah keseluruhan mangsa banjir di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sehingga kini melepasi angka seramai 24,140 orang melibatkan 6,978 keluarga.

Menerusi maklumat dipaparkan pada Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat pukul 10 pagi, angka tertinggi adalah di Kelantan dengan 13,500 mangsa terdiri daripada 4,122 keluarga.

“Di Terengganu seramai 9,938 mangsa terdiri daripada 2,685 keluarga manakala di Pahang melibatkan seramai 698 mangsa terdiri daripada 170 keluarga.

“Di Selangor hanya empat mangsa terlibat terdiri daripada satu keluarga,” katanya.

Dalam masa sama, sebanyak 236 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka sehingga kini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (bahaya,buruk dan waspada) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, dan Perak hingga hari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Helmi Abdullah dalam sebuah kenyataan semalam berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku sehingga Rabu.

“Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di timur dan utara Semenanjung serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... egeri-lepasi-24000/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.053110 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list