|
KEADAAN pekan Rantau Panjang, Pasir Mas yang masih ditenggelami banjir ketika tinjauan hari ini. FOTO Bernama
Kota Bharu: Sebanyak 45 kawasan di Rantau Panjang masih bergelap selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup bekalan elektrik akibat banjir.
TNB menerusi kenyataan di Facebook berkata, sehingga 10 pagi ini, beberapa kawasan sudah disambung semula bekalan elektrik selepas air surut.
"Namun 45 kawasan masih belum mendapat bekalan elektrik setakat ini. Antara kawasan berkenaan termasuk Gual Tambun, Degong, Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pauh, Banggol Kulim, Kubang Rambutan dan SK Lubok Setol.
"Selain itu,Air Teniat, Padang Nyior ,Tanjung Erat, Balai Polis Jeram Perdah, Bongor, Bukit Lata, Taman Gemilang, Terusan dan Serongga," katanya.
Katanya, usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terbabit dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jang-masih-bergelap |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|