CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5732|Reply: 0

[Melaka] Operator kilang mengaku salah curi benang emas

[Copy link]
Post time 27-12-2023 01:17 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH diiringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari dan denda RM2,000.

MELAKA – Seorang bekas operator kilang dipenjara seminggu dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri benang emas milik majikannya yang bernilai RM4,000 pada September lalu.

Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Shahrul Helmi Ramli, 34, yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan niat curang mencuri benang emas milik pihak kilang bernilai kira-kira RM4,000 tanpa kebenaran majikannya dan perbuatan itu dilakukan sekitar pukul 6 petang di sebuah kilang dalam daerah Melaka Tengah pada 10 September 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasaruddin memohon hukuman yang setimpal terhadap tertuduh.

Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Izzuddin Ab. Malek merayu hukuman berbentuk penjara kerana pendapatannya sebanyak RM1,500 sebagai pekerja kontrak digunakan untuk menyara isteri dan kedua ibu bapanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh hari dari tarikh ditangkap iaitu pada 19 Disember 2023 dan didenda RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ang-emasbekas-oper/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.114904 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list