CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4316|Reply: 0

[Kelantan] 'Lupakan hasrat beli perabot, saya serik!'

[Copy link]
Post time 27-12-2023 03:34 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Kuala Krai: Setiap kali banjir, perkara pertama membelenggu fikiran penduduk yang terjejas pastinya keadaan rumah yang dinaiki air hingga menyebabkan perabot seperti sofa, kerusi, meja, almari serta perkakas elektrik rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Penduduk Kampung Keroh, di sini, Norasmaruza Abdul Razak, 48, berkata, selepas kejadian bah kuning pada 2014, dia trauma untuk membeli perabot rumah berkenaan kerana khuatir akan rosak apabila kediamannya dinaiki air lagi ketika banjir.

"Saya ambil keputusan untuk beli perabot asas sahaja seperti almari dan kerusi meja serta perkakas elektrik seperti televisyen dan peti sejuk sebab tidak mahu peristiwa sama berulang apabila rumah dilanda banjir.

"Sebelum banjir 2014, boleh dikatakan rumah saya cukup lengkap dengan perabot dan perkakas elektrik yang sesetengahnya saya beli lebih daripada satu seperti televisyen dan almari, tetapi selepas kejadian itu saya sangat berhati-hati untuk membeli," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh di sini tadi.



Norasidah Yusof, 52, pula berkata, peristiwa banjir 2014 memberi mimpi buruk buat dia dan keluarga kerana kerugian hampir RM20,000 apabila semua perabot dan perkakas elektrik di dalam rumahnya musnah.

"Kalau diingat semula peristiwa banjir 2014, saya jadi takut sebab ketika itu air nak dengan cepat dan terpaksa berpindah segera, hanya sempat bawa dokumen penting sahaja. Perasaan saat itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu... begitu dahsyat ujian yang diberikan-Nya.

"Bila tengok perabot memang kita selalu ingin tukar yang baharu ikut cita rasa yang lain, tapi bila fikir dan ingat semula jika berlaku banjir besar seperti sebelum ini, hati saya terus mengatakan cukuplah dulu dan beli mana perlu sahaja," katanya.

Sementara itu, Norizan Isa, 53, yang ditemui di PPS SMK Kuala Krai turut melahirkan rasa sedih apabila mengenang kembali rumahnya yang dilanda banjir pada 2014 kerana semua barangan perabot yang dibeli hasil daripada titik peluhnya bekerja menjual kuih musnah begitu sahaja.

"Sekarang, cukup sekadar ada barangan asas dan tidak perlu berbelanja lebih untuk barang-barang itu kerana setiap tahun rumah saya akan dinaiki air," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -perabot-saya-serik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.106072 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list