CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26099|Reply: 0

[Kelantan] Tumpat pula banjir, mangsa di Kelantan kini 17,335 orang

[Copy link]
Post time 27-12-2023 05:28 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN Kampung Siram, di Rantau Panjang yang dilanda banjir susulan benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok dekat Kampung Lanchang pecah. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Kota Bharu: Tumpat menjadi daerah terbaharu yang membuka dua pusat pemindahan sementara (PPS) selepas beberapa kawasan dilanda banjir, hari ini.

Pada masa sama sebanyak 26 PPS ditutup di Kota Bharu, Jeli, Machang dan Pasir Puteh selepas banjir surut dan mangsa dibenar pulang secara berperingkat.

Setakat 4 petang, jumlah mangsa menurun sedikit kepada 17,335 orang (5,545 keluarga) yang berlindung di 63 PPS di lima daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Gua Musang dan Tumpat, berbanding 17,484 orang pagi tadi.

Portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan mangsa di Pasir Mas meningkat kepada 15,546 orang yang berlindung di 36 PPS, berbanding 12,939 orang pagi tadi.



Kuala Krai mempunyai 18 PPS menempatkan 1,105 orang, Tanah Merah (327 orang di lima PPS); Tumpat (239 orang di dua PPS) dan Gua Musang (118 orang di dua PPS).

Sementara itu, empat sungai di Kelantan masih melepasi paras bahaya, dua sungai lepasi paras amaran dan empat sungai lepasi paras waspada.

Sungai yang lepasi paras bahaya ialah Sungai Kelantan di Kuala Besar iaitu 2.45 meter (m); Sungai Golok di Rantau Panjang (10.55m); Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah (16.57m) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.76m).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-kini-17335-orang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.033208 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list