CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6649|Reply: 0

7 faktor wanita mangsa penderaan/keganasan enggan membuat laporan

[Copy link]
Post time 27-12-2023 10:20 PM | Show all posts |Read mode
7 faktor wanita mangsa penderaan/keganasan enggan membuat laporan


Kepada wanita mangsa dera, segera buat laporan polis. Ketepikan rasa malu dan takut kerana yang lebih penting adalah keselamatan diri anda. Selagi anda berdiam diri selama itulah si pelaku akan mengambil kesempatan ke atas kelemahan diri anda.

Kaum wanita jangan sesekali berkompromi dengan tindakan keganasan yang dilakukan terhadap anda. Walau apapun alasan si pelaku, anda mesti ingat bahawa tiada seorang pun yang patut menjadi mangsa keganasan.

Ini tujuh faktor antara penyebab mangsa enggan tampil membuat laporan.

FAKTOR BUDAYA – mangsa berasa malu dengan ahli keluarga dan masyarakat kerana takut dipandang serong oleh mereka. Kebanyakan mangsa memilih untuk berdiam diri walaupun keganasan berlaku terhadapnya.

UGUTAN DARIPADA PELAKU KEGANASAN – pelaku keganasan cuba mengeksploitasi emosi mangsa  dengan mengugut dan menakut-nakutkan mangsa supaya takut untuk mengadu kepada orang lain atau membuat laporan polis.

MUDAH TERMAKAN PUJUK RAYU DAN JANJI MANIS – mangsa mudah cair dengan pujukan dan janji manis daripada pelaku keganasan. Janji si pelaku untuk berubah dan tidak mengulangi perbuatannya menyebabkan mangsa terpedaya dan sanggup memaafkan si pelaku.

HILANG TEMPAT BERGANTUNG – perasaan terlalu takut kehilangan tempat bergantung menyebabkan mangsa pasrah dengan apa yang berlaku. Kebanyakan kes melibatkan wanita tidak bekerja dan suri rumah.

MEMIKIRKAN MASA DEPAN ANAK-ANAK – pasangan akan memikirkan kepentingan dan masa depan anak-anak yang masih memerlukan perhatian, jagaan dan kasih sayang ibu bapa tanpa mengambil kira perkembangan minda anak-anak dibelenggu dengan keganasan yang berlaku dalam kehidupan mereka.

KURANG KESEDARAN TENTANG ASAS-ASAS PERUNDANGAN SIVIL DAN SYARIAH – masyarakat masih kurang sedar tentang hak-hak mereka dalam aspek agama dan undang-undang di Malaysia. Mangsa tidak terdedah kepada tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku keganasan dan akta yang boleh melindungi mereka.

KONSEP KENDIRI YANG LEMAH – mangsa dera mempunyai konsep kendiri yang lemah, kurang keyakinan diri dan kurang kemahiran berkomunikasi.


Sumber:https://utusantv.com/2023/09/18/ ... an-membuat-laporan/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.061836 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list