|
Rosli Ab Jalil, 52, sedang membersihkan rumahnya di Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Menerong, yang ditengelami banjir. FOTO NAZDY HARUN
Kuala Berang: Cuaca semakin baik mendorong penduduk di Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Menerong di sini, pulang untuk membersihkan kediaman masing-masing.
Rosli Ab Jalil, 52, berkata, rumah ditenggelami banjir perlu dibersihkan segera bagi mengelak lumpur di dalam rumah, kering.
Menurutnya, sekiranya lumpur sudah kering, proses membersihkan rumah menjadi semakin rumit dan penggunaan air juga bertambah banyak.
Katanya, ketika air masih ada sedikit di dalam rumah, ia adalah waktu terbaik untuk membersihkan rumah.
"Jangan sampai lumpur menjadi kering sahaja, kerana proses untuk menyental akan mengambil masa yang lama, selain lumpur sukar dicuci.
"Justeru, apabila saja air mulai surut saya akan pulang ke rumah untuk membersihkan kediaman dan aktiviti itu turut dilakukan jiran yang rumah mereka juga ditenggelami banjir," katanya akan sudah melakukan rutin itu sejak 15 tahun lalu.
Menurutnya, banjir gelombang ketiga mengakibatkan rumahnya ditenggelami banjir sedalam dua meter dan kerja membersihkan rumah dilakukan sejak semalam.
Katanya, penggunaan water jet juga amat membantu dalam kerja pembersihan rumah selepas banjir dan untuk tahun ini sudah tiga kali dia membersihkan rumahnya akibat ditenggelami banjir.
Jirannya, Tuan Saudi Tuan Par, 53, berkata, dia tinggal di kawasan perumahan itu sejak 16 tahun lalu dan saban tahun, selepas banjir, dia mengambil masa dua hari untuk membersihkan rumah.
"Biasanya, setiap tahun, dua ke tiga kali banjir menenggelamkan rumah saya dan apabila air mulai surut saya akan segera mencuci rumah daripada kesan lumpur.
"Hendak menyental lumpur kering bukan mudah walaupun dibilas dua hingga tiga kali, jadi apabila keadaan lantai dan dinding rumah masih basah adalah waktu sesuai untuk mencuci rumah yang ditenggelami banjir," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... duk-mula-cuci-rumah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|