CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6116|Reply: 0

[Kelantan] Orang Asli berhadapan risiko kemalangan lalui jambatan buluh

[Copy link]
Post time 28-12-2023 01:13 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Zamri (kiri) meninjau keadaan jambatan sementara yang diperbuat daripada buluh di RPS Kuala Betis, di sini. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, kini berdepan risiko kemalangan apabila Jambatan Sungai Bawik yang runtuh dalam kejadian banjir, Ahad lalu, diganti dengan jambatan kayu.

Jambatan kayu diperbuat daripada buluh itu adalah jambatan sementara yang dibuat apabila Jambatan Sungai Bawik runtuh dan menjadi laluan utama untuk keluar dari perkampungan itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) RPS Kuala Betis, Sudin Rigen, 47, penduduk bergotong-royong menyiapkan jambatan sementara itu bagi mengelakkan penduduk terus terputus hubungan.

Katanya, jambatan terbabit hanya boleh lalui oleh motosikal sahaja dan kenderaan berat tidak dapat melaluinya.



"Jambatan ini siap dua hari lalu, supaya penduduk dari sembilan kampung dapat keluar membeli barangan keperluan makanan selepas banjir besar, Ahad lalu.

"Jika sebelum ini, kami akan dibantu syarikat balak untuk membina jambatan baharu setiap kali ia runtuh. Namun disebabkan jalan masih tidak dapat diakses kenderaan berat selepas kejadian banjir tempoh hari, kami, komuniti kampung mengambil inisiatif bergotong-royong menggunakan batang buluh membina jambatan sementara.

"Saya harap jambatan ini dapat digantikan dengan jambatan konkrit yang lebih kukuh dan selamat untuk digunakan semua kerana ia adalah laluan utama lebih 4,000 penduduk Orang Asli dari Pos Simpor, Pos Tohoi dan Pos Gob selain murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Betis dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panggung Jaya," katanya ketika ditemui pemberita di RPS Kuala Betis, di sini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Mohd Zamri Mustajap turun padang membuat tinjauan keadaan jambatan buluh yang dibina oleh Orang Asli merentasi Sungai Bawik selepas bencana banjir di RPS Kuala Betis.

Sementara itu, Mohd Zamri berkata JAKOA masih meninjau kerosakan infrastruktur termasuklah jalan dan jambatan yang berlaku kerosakan akibat bencana banjir di perkampungan yang terbabit.

Katanya, JAKOA akan membawa masalah ini kepada pihak kementerian berkaitan untuk perbincangan yang lebih lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... alui-jambatan-buluh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.035446 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list