View: 6227|Reply: 0
|
[Kelantan]
Penghulu Zamri ulang alik tinjau mangsa banjir
[Copy link]
|
|
Zamri Yahya, 52 mebantu penduduk kampung Siram, di sini terpaksa berpindah ke Pusat pemindahahn Sementara dengan menggunakan perahu akibat dilanda banjir di Jalan Kampung tersang ke Rantau Panjang susulan limpahan air benteng pecah. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Rantau Panjang: Penghulu Mukim Siram, Zamri Yahya, 52, mengemudi bot ke setiap rumah bagi bertanyakan penduduk sama ada mereka mahu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sebaliknya.
Ia susulan air naik yang mendadak di kawasan berkenaan sejak tengah malam kelmarin menyebabkan dia tidak berdiam diri.
"Alhamdulillah walaupun di luar rumah air hampir mencecah satu meter, rumah saya masih boleh didiami kerana rumah dua tingkat.
"Namun sejak pagi semalam, memandangkan saya mempunyai bot, saya giat membantu penduduk dan menghantar mereka ke PPS.
"Pada masa sama, saya sentiasa bertanyakan khabar mereka yang tidak berpindah kerana bimbang keselamatan penduduk memandangkan bekalan elektrik dimatikan atas faktor keselamatan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata, saban tahun kampung mereka dilanda banjir namun air kali ini naik agak mendadak disebabkan benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Lanchang pecah.
"Disebabkan itu ada penduduk tidak sempat membawa keluar motosikal dan kereta kerana paras air naik secara mendadak.
"Namun saya sentiasa meninjau keadaan mereka dan sekiranya mereka mahu berpindah, saya terus membawa mereka ke PPS. Sehingga kini boleh dikatakan hampir kebanyakan penduduk sudah berpindah.
"Pada masa sama, penduduk turut dibantu pasukan keselamatan yang datang ke kampung ini," katanya yang memaklumkan Mukim Siram mempunyai 430 penduduk membabitkan 45 keluarga.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... injau-mangsa-banjir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|