CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7211|Reply: 0

[Kelantan] Projek PLSB Sungai Golok fasa dua dipercepat - PM

[Copy link]
Post time 28-12-2023 04:20 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN Benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Rantau Panjang yang pecah, semalam. FOTO Bernama.

Pasir Mas: Kerajaan akan menyegerakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok fasa dua bagi menangani masalah banjir terutama di Rantau Panjang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah meminta kerajaan negeri mempercepatkan proses pengambilan tanah untuk projek itu.

"Projek PLSB Sungai Golok mengikut perancangan mengambil masa beberapa tahun, namun kita akan menyegerakan projek berkenaan secepat mungkin dan dijangka fasa dua akan dimulakan bulan depan.

"Kita terpaksa mengambil langkah segera untuk fasa dua bagi mengurangkan tekanan banjir terutama di Rantau Panjang yang berdepan banjir sehingga empat kali setahun," katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di sini, hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Ditanya sama ada projek berkenaan bermasalah memandangkan Rantau Panjang mengalami banjir teruk sejak ia dimulakan, Anwar berkata, projek itu masih berjalan.

"Projek PLSB Sungai Golok belum selesai. Perlu faham fasa pertama membabitkan tebing dan selamatkan kawasan sebelah kanan. Sebab itu kita mahu menyegerakan fasa dua supaya boleh selamatkan Rantau Panjang," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai benteng projek PLSB Sungai Golok yang pecah sehingga 20 meter itu, Anwar berkata, peruntukan segera RM6 juta diluluskan untuk membina tiga alur limpah yang pembinaannya dimulakan segera.

"Untuk benteng yang pecah kita tidak tahu apa punca, namun ada cadangan supaya membina benteng sementara dan tiga alur limpah termasuk di lokasi benteng yang pecah. Kita sudah luluskan peruntukan berkenaan," katanya
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-dua-dipercepat-pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.064118 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list