CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18934|Reply: 0

Parkir jauh, banyak syarat antara sebab SSI suram

[Copy link]
Post time 31-12-2023 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Parkir jauh, banyak syarat antara sebab SSI suram


STADIUM Sultan Ibrahim mencatat kehadiran paling ramai dengan purata 17,623 dan 16,483 orang setiap perlawanan bagi 2023 dan 2022. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Kecanggihan stadium melambangkan kemegahan bagi peminat sesebuah pasukan namun jika ia sekadar gah tanpa ada sambutan daripada penyokong, itu satu kerugian yang amat besar.

Itu yang terjadi kepada pasukan juara 10 kali berturut-turut Liga Super apabila Stadium Sultan Ibrahim (SSI) gagal menarik minat kehadiran penyokong biarpun di media sosial mereka begitu meriah dan kelihatan begitu ramai.

Namun secara realiti, penyokong tuan rumah mahupun pasukan pelawat masih gagal memenuhi stadium sebaliknya kerusi kosong lebih banyak dari orang ramai.

Hasil tinjaun di Facebook Saluddin Ismail yang melakukan survey kenapa peminat kurang berminat hadir ke SSI, ramai peminat meluahkan apa yang mereka alami selama ini antara parkir yang terlalu jauh dan terlalu banyak syarat yang harus dipatuhi.

"Gendang tak boleh, banner tak boleh, chant kena sound suruh duduk diam-diam, terhad duduk cinonet (kecil) pucuk bumbung nampak padang kecik-kecik jer, rehat beli makan air pilihan terhad, panjat turun tangga macam latihan fire drill, air tandas tak ada, menapak balik ke bas 2 kilometer, "kata Sofian Mohamed.


"Sediakan tempat parking kenderaan yang luas dan laluan Keluar, masuk dari mengelakkan Kesesakan," Zainuddin MJ.

"Terlalu banyak larangan yang tidak ada pada stadium lain, penyokong away (pelawat) tidak dialu alukan di SSI. Away di stadium lain lebih meriah dan welcoming, parking terlalu jauh," Ant Zameer Al Malizi.

Selain itu, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri meluahkan rasa kekecewaan itu berkenan isu kehadiran peminat setia mereka sehingga perlu melakukan transformasi mengurangkan perbelanjaan kelab.

"Underdog (bukan pilihan) tahun depan. Akan ada ramai lagi pemain akan keluar dari kelab. Proses berjimat. Stadium jarang penuh. RM10 saja tiket terbuka.

"Apapun, kita doa yang terbaik untuk pasukan. Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong kami," menurut Tunku Ismail di ruangan komen Instagram rasmi JDT.

Untuk rekod, dua musim berturut-turut JDT mencatat kehadiran paling ramai ke stadium dengan purata 17,623 dan 16,483 orang setiap perlawanan untuk 2023 dan 2022.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ara-sebab-ssi-suram

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.078605 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list