CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34861|Reply: 0

[Melaka] Bayar RM300, dapat RM12,000 dalam tiga jam

[Copy link]
Post time 31-12-2023 05:30 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

ALOR GAJAH – Seorang kontraktor rugi RM146,313.60 selepas tertipu dengan pelaburan bitcoin tidak wujud yang menjanjikan keuntungan mencecah RM12,000 dalam tempoh tiga jam bagi modal serendah RM300.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa yang berusia 30-an telah tertarik dengan iklan satu skim pelaburan Bitcoin di laman sosial Facebook dan menyertainya pada Selasa lalu.

Katanya, mangsa telah berhubung dengan seorang individu melalui aplikasi WhatsApp dan diberikan penerangan berkenaan pelaburan tersebut.

“Mangsa dijanjikan dengan pulangan wang lumayan iaitu RM8,000 sehingga RM12,000 dalam masa tiga jam bagi pakej modal serendah RM300.

“Jika mangsa melabur sebanyak RM1,000 dia akan mendapat pulangan RM18,000 sehingga RM25,000 dalam enam jam serta pakej emas iaitu modal RM1,800 pulangan RM30,000 sehingga RM50,000 mengikut kenaikan harga bitcoin semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa telah membuat pindahan wang sebanyak 12 kali ke sembilan akaun berbeza menggunakan wang simpanannya berjumlah RM146,313.60 pada 27 sehingga 29 Disember lalu.

“Mangsa bagaimanapun tidak memperoleh pulangan seperti yang dijanjikan oleh suspek.

“Dia kemudian hadir di Balai Polis Rumbia semalam bagi membuat laporan mengenai kejadian tersebut dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... 000-dalam-tiga-jam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.465765 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list