View: 11277|Reply: 0
|
[Kelantan]
Perunding perniagaan didakwa buat iklan palsu Tengku Bendahara Kelantan rasmi kedai emas
[Copy link]
|
|
Anggota polis mengiringi Khairul Khuzaini (dua dari kiri) untuk didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROSMIZAN RESDI/ KOSMO!
KOTA BHARU – Seorang perunding perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memuat naik iklan palsu dengan mengatakan bahawa sebuah kedai emas akan dirasmikan oleh kerabat diraja Kelantan di Facebook, kira-kira tiga bulan lalu.
Tertuduh, Khairul Khuzaini Zamsani, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama dua lagi yang sudah dituduh, Aznizan Yusof,47, dan Nor Asri Che Husin, 43, menggunakan laman sosial Facebook secara sedar dengan memuat naik iklan perasmian Kedai Emas A&K Gold And Jewelleries yang kononnya akan dirasmikan oleh Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra yang diketahui adalah palsu.
Perbuatan tersebut dilakukan oleh mereka di Kampung Pasir Kota di sini kira-kira pukul 6.55 petang pada 16 Oktober lalu
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Taufikrullah Rosli.
Mahkamah membenarkan Khairul Khuzaini diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu tertuduh dikehendaki melaporkan diri di Balai Polis Gong Badak, Terengganu pada setiap 1 hari bulan.
Mahkamah juga menetapkan 14 Februari depan untuk sebutan semula kes
Sebelum ini, Aznizan dan Nor Asri sudah didakwa atas pertuduhan menggunakan gambar Tengku Bendahara Kelantan tanpa kebenaran untuk mengiklankan perasmian premis mereka di Facebook di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Oktober lalu.
Pengurus dan pekerja sebuah kedai emas itu bagaimanapun turut mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.
Terdahulu, Khairul Khuzaini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas tujuh pertuduhan melupuskan dan memindahkan wang hasil pengubahan wang haram bernilai RM53,144, tiga tahun lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... n-rasmi-kedai-emas/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|