CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9917|Reply: 0

[Pahang] Takut tengok tanah mendap belakang kuarters

  [Copy link]
Post time 9-1-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode

RAZALI (tengah) ketika melawat kejadian tanah mendap dan hakisan dibelakang bangunan kuarters empat tingkat SK Bandar 2, Paloh Hinai. FOTO Mohd Rafi Mamat

Pekan: "Setiap detik saya berdoa semoga tidak berlaku kejadian tidak diingini selepas melihat runtuhan tanah berikutan aliran air yang deras," kata guru Suhaida Adam, 28.

Beliau antara 23 penghuni kuarters empat tingkat Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar 2, Paloh Hinai, di sini, yang diarah untuk mengosongkan kediaman susulan kejadian tanah mendap, Sabtu lalu.

Menurutnya, semua penghuni diminta meninggalkan kuarters bagi menjamin keselamatan kerana bimbang kejadian hakisan dan tanah mendap bertambah serius.

"Saya terpaksa membawa dua anak berusia dua dan setahun berpindah ke bilik di bangunan sekolah terletak berhampiran kuarters.



"Pengalaman pertama berhadapan kejadian itu mendebarkan kerana rumah saya berada di tingkat bawah dan paling hampir dengan lokasi hakisan dan tanah mendap," katanya.

Suhaida berkata demikian selepas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Mohd Razali Mustafar melawat kuarters berkenaan, hari ini.

Hadir sama, Guru Besar SK Bandar 2, Paloh Hinai, Mohamad Taufik Ngah.

Bagi Mohd Yahudin Che Foo, 40, ia adalah pengalaman pertama dialaminya sejak 14 tahun tinggal di kuarters berkenaan.

"Aliran air yang banyak dan deras akibat hujan lebat menjadi punca utama berlaku hakisan dan tanah mendap hingga menyebabkan parit simen pecah.

"Saya kini menumpang di bilik sekolah bersama dua anak dan isteri," katanya.

Sementara itu, Mohd Razali berkata, penghuni akan dibenarkan kembali ke rumah masing-masing selepas semua kerja membina parit baharu disiapkan.

"Saya berharap semua penghuni kuarters dapat kembali ke rumah masing-masing pada awal Mac selepas sesi baharu persekolahan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... p-belakang-kuarters

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.072811 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list