CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5612|Reply: 0

Pochettino dedah sesuatu berlaku sebelum benam Fulham

[Copy link]
Post time 14-1-2024 12:50 PM | Show all posts |Read mode

MAURICIO Pochettino. -FOTO Reuters

London: Mauricio Pochettino mendedahkan bahawa rentak Chelsea sedikit terjejas pada separuh masa pertama ketika menentang Fulham semalam disebabkan oleh sesuatu yang berlaku sebelum perlawanan.

Chelsea memperoleh kemenangan kesembilan Liga Perdana Inggeris musim ini hasil sepakan penalti Cole Palmer dan Pochettino memberikan beberapa alasan untuk aksi di bawah kemampuan pada 45 minit pertama.

Pengendali Argentina itu terpaksa berhadapan dengan banyak isu sejak mengambil alih Chelsea pada musim panas dan menjelaskan sesuatu berlaku sebelum pertembungan hujung minggu di Stamford Bridge.

Pochettino berkata selepas perlawanan bahawa pemain pertahanannya, Malo Gusto 'mungkin' bernasib baik kerana dapat mengelak daripada dibuang padang dalam perlawanan itu dan pengendali itu dapat meneruskan pendekatannya ketika menganalisis prestasi pasukannya.



"Sudah tentu pada separuh masa pertama bukanlah apa yang kami mahukan. Sesuatu berlaku sebelum perlawanan, tetapi saya tidak akan menjelaskannya," kata Pochettino.

"Tapi saya fikir perkara itu menjejaskan sedikit rentak pasukan (pada separuh masa pertama).

"Tetapi saya rasa kami memulakan separuh masa kedua dengan sangat baik. Saya rasa kami bermain bola sepak yang sangat bagus, selama 30 minit kami bermain dengan sangat baik dan kami harus menjaringkan gol lain atau satu, dua lagi dan membunuh permainan.

"Kami bertahan dengan baik dan saya fikir ia bagus untuk sedikit menderita tetapi saya fikir jenis permainan ini membantu kami berkembang dan membina keyakinan dalam cara kami bekerja."

Kemenangan itu menyaksikan Chelsea mengatasi Manchester United dalam kedudukan Liga Perdana ke tempat kelapan dengan pasukan Erik ten Hag menerima kunjungan Tottenham hari ini.

The Blues yang bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini tetapi menunjukkan tanda peningkatan baru-baru ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ebelum-benam-fulham
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.041201 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list