CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9987|Reply: 0

Piala Asia: Korea Selatan tiada pilihan lain

[Copy link]
Post time 15-1-2024 05:20 PM | Show all posts |Read mode

KLINSMANN

DOHA – Pengendali Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mengakui pasukannya dianggap gagal sekiranya tidak mampu memenangi Piala Asia kali ini kerana dibarisi ramai pemain bintang yang sedang beraksi di pentas tertinggi.

Taegeuk Warriors mengintai kejuaraan sulung sejak 1960 dan bakal membuka tirai saingan Kumpulan E bertemu Bahrain di Stadium Jassin bin Hamad malam ini.

Klinsmann percaya edisi kali ini adalah detik terbaik buat Korea Selatan bergelar juara kerana dibarisi bintang hebat seperti Son Heung-min selain beliau sudah bersedia untuk terima sebarang akibat jika anak buahnya gagal menghadirkan keputusan positif.

“Kami perlu meletakkan sasaran tinggi dan jika kami gagal mendapatkannya, saya tidak ada masalah jika ada yang mahu letakkan kesalahan itu kepada jurulatih,” katanya.

Sebelum ini, jurulatih berusia 59 tahun itu dikritik oleh media dan penyokong negara itu kerana lebih banyak menghabiskan masa di rumahnya di California, Amerika Syarikat berbanding menetap di Korea Selatan.

Selain Heung-min, Korea Selatan dibarisi beberapa lagi nama besar yang bermain di Eropah seperti Kim Min-jae, Hwang Hee-chan, Jeong Woo-yeong dan Lee Kang-in.

Sejak mula mengambil alih pasukan, Klinsmann dikenali sebagai seorang jurulatih yang gemar bermain secara menyerang dan menuntut keberanian daripada pemain muda untuk menyerlahkan potensi dimiliki. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... tiada-pilihan-lain/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.184426 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list